Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim..
Hari itu, 2 pasang telekung semua tak siap lagi. Hanya telekung Sara sahaja sempat siap. Jadi Si Kina pakai telekung lama, tapi Si Aisyah hanya pakai tudung sahaja.
Aisyah sudah mula mencebik, tanda terasa hati. Mungkin sudah lama memendam rasa.
" Ibu ni, asyik kakak je dapat barang, Aisyah tak de pun. "
Aisyah meraung sekuat hati. Terperanjat juga, apabila dia meluahkan perasaan. Mungkin, sebab kakak-kakak dapat beg sekolah, bekas pensil, barang-barang sekolah dan buku. Dia tak dapat, tak pernah pula, dia meraung sebegitu. Apabila pujuk dia hanya menerima. Anak diam selama ni, tak semestinya dia terima sahaja pujukan kita.