Tuesday, February 7, 2017

Cabaran terbesar surirumah, kepenatan

Teks: Dalila Mohd Yusof

Bismillahirahmanirahim....


Assalamualaikum, apabila anak-anak sudah mula memasuki zaman persekolahan, ibu-ibu terutama yang menjadi surirumah sepenuh masa ini akan akan mempunyai pekerjaan tambahan menjadi pemandu tukang hantar dan jemput anak dari sekolah.

Permulaannya, Allah sahajalah yang tahu, sakit pinggang dan satu badan. Lama-lama kita dah makin biasa, barulah terasa boleh bernafas. Mungkin orang lihat kita boleh tidur sesuka hati, tapi kepenatannya memang la tak hilang.

Cabaran besar ialah kepenatan, apabila kita penat dan tak larat, kita jadi malas dan mengantuk.  Apabila tertidur, lama pula tu, gara-gara kepenatan, kadang-kadang sampai petang.

Pesan mak, apabila ada anak-anak masih kecil yang memerlukan perhatian 24 jam ini, memang penat.

     "Kalau kau fikir penat, penatlah jadinya. "

Kalau kita fikir penat, memang asyik nak rehat sahaja. Semua kerja tak menjadi. Fikir seronok, seronok jaga anak, dengan keletah nakal dan manjanya, membuatkan kita tersenyum riang. Sewaktu kita buat kerja biasakan diri berzikir, itu sahajalah kekuatan buat kita kaum wanita. Tak kiralah bekerja atau surirumah terutama melayan karenah anak dan suami.