Monday, October 10, 2016

Masa yg kian suntuk

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim....


Assalamualaikum dan selamat pagi, semalam menerima perkhabaran jiran yang meninggal kerana kanser tulang. Hati tiba-tiba tersentap, perjalanannya sudah smpai penghujungnya. Kita masih belum pasti, masih berbaki panjang atau pendek. Usia bukan penunjuk ajal, muda atau tua bukan soalnya. Yang penting sudah bersedia atau belum.
Sudah persiapkah kita dengan amal ibadat buat bekalan di akhirat. Sudah cukupkah perturunkan ilmu buat bekalan anak-anak berdikari tanpa kita. Rasa seram di dada. Mahu atau tidak perlu juga siapkan diri menghadapi kematian.
Nukilan
Dalila yusof