Thursday, February 25, 2016

Surirumah dan Internet

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...

Assalamualaikum dan selamat pagi...apabila kita duduk di rumah ni. Kalau masih suami mampu bekalkan komputer dan internet untuk berblogging, dan mencari idea "diy" untuk menjimatkan perbelanjaan hidup yang makin susah ni, kita bukanlah dalam golongan yang susah.

Kita masih dalam keadaan mampu berusaha dengan lebih gigih. Hidup kita masih mampu meneroka dunia luar walaupun dalam lingkungan duduk dalam rumah, dibatasi dengan anak-anak yang terlalu bergantung pada kita. Banyak ilmu, contohnya menjahit dan mengait saya belajar daripada internet. Malahan, membuat blog juga belajar secara online melalui internet. 

Adakala, memang tak faham, nekad sebab anak saya, belajar sahaja tutup mata kalau senget benget. Pertama kali, memang banyak yang hodoh pada mata kita, tapi anak pakai macam seronok sangat. Tak mengapa kita buat kali pertama tak bagus, daripada kita gagal mencuba sebab takut gagal. Ish, tak cuba lagi dah takut. Sampai bila nak takut mencuba. Pekakkan sahaja telinga kalau suami sekalipun cakap kita buat tak bagus. Buat sahaja sampai bagus, kalau dah makin cantik mana tahu boleh jual pula kan.

Kadang-kadang, saya perasan mak cukup risau anak dia jadi susah sebab jadi surirumah. Pastinya mak tak tahu anak dia gembira bereksperimentasi di rumah menjahit dan mengait sampai la makin bagus dari hari ke hari. Sekurang-kurangnya, saya tak susahkan mak, suruh bela anak-anak saya yang makin cerdik dan banyak akal. Penat menjaga budak kecil, dulu-dulu dah penat bela saya terlampau baik ni waktu kecil dulu-dulu, sekarang biarlah bersenang lenang menjaga ayah dan ada masa untuk buat apa yang mak suka. Biarlah kita susah, tapi tak menyusahkan orang lain. Tak susah macam mana nak belajar hidup, mak bukan ada pun dengan kita sentiasa macam dulu-dulu.





Dua hasil merempit semalam, terasa lambat sahaja tangan ni mengait dan menjahit, masih banyak tak siap ni, sakit kepala memikirkannya. Sesekali usap anak dalam perut, sambil pesan jangan nakal-nakal ya, ibu tengah sibuk banyak nak kena buat. Jadilah anak yang baik dan comel, tak banyak ragam apabila lahir nanti, amin..amin..





Promosi ebook bulan Feb ini.


Bagaimana mahu berkerja dari rumah dengan hanya berblogging, maklumat lanjut di sini