Bismillahirahmanirahim...
Sumber: Pixshark.com |
Majikan tiba-tiba pulang, rumah bersepah, tak berkemas, si kecil bermain menyepah, rasa mahu dirotan tapi mesti tuannya marah. Jadi biar sahajalah, majikan bising-bising rumah bersepah, dicopnya pemalas tapi sudah berkemas tak sampai berapa minit, si kecil teraburkan maianan dan makan bersepah-sepah..
Terasa nak lari tinggalkan tekanan dalam rumah, jadi orang gaji memang menyakitkan hati betul, Penat dan sakit tiada cuti, baju sudah berkemas, tekad mahu melangkah pergi. Tiba-tiba, teriak si kecil, ibu...ibu.... Eh lupa pula, akukan surirumah bukan orang gaji..
Sumber fb |