Saturday, April 18, 2015

Kegunaan kacang hijau yang pelbagai

Teks: Dalila Yusof
Bismiillahirahmanirahim...

Kos sara hidup makin meningkat, bayangkan hampir semua barang dikenakan gst, masaklah nak hadapi kenaikkan taraf hidup yang makin mendadak terutama  status surirumah dan mempunyai anak yang sedang membesar. Sudah tentulah memerlukan kita lebih kreatif untuk menjadikan keperluan mencukupi walaupun mata wang semakin mengecil. Biasanya kalau barang mentah dah dikenakan gst, sudah tentulah kalau dalam perkiraan mak jemah, tetap akan naik barang siap seperti kuih, lauk pauk, samada ada gst atau tidak. Adui sesak nafas, memang sesak nafas dibuatnya. Berjimat bukan bermaksud ikat perut tapi tahu menghasilkan sesuatu yang bermanfaat dengan modal yang ciput.


Hari ini saya nak kongsikan apa yang saya buat dengan kacang hijau. Kacang hijau ini sudah sedia maklum, boleh menghasilkan tauge. Hui paling mudah nak hasilkan tauge, hanya perlukan air, kacang hijau, bekas tertutup, tisu atau tuala baru dan bekas penapis. Tak payah baja berbagai. Hasilnya akan dapat tauge yang segar daripada dapur. Biasanya, kalau beli di kedai, sudah lembik, tak ranggup. Buat sendiri lebih terjamin dan rangup selepas tiga hari proses menuai tauge ini. Tak banyak pun pakai dalam 2 genggam boleh dapat tauge dalam kuantiti yang banyak.









Jimat la kat situ dalam seringit dua, kalau tambah berapa ringit lagi boleh la kalau nak beli tepung gandum  nak buat kuih rengas pakai kacang hijau yang sudah direbus empuk dengan daun pandan dan gula melaka. Biasanya saya rebus banyak, separuh untuk buat bubur kacang, dan separuh buat kuih rengas. Jimat banyak dah kat situ yang penting boleh makan sampai kenyang dan buncit. Budak-budak pun makin membesar kuat makan, daripada bagi jajan kurang berkhasiat, bolehlah memperkenalkan anak dengan makanan dan kuih tradisional agar tak ditelan dek zaman.

Antara blogger yang jadi rujukan untuk operasi penjimatan ini:

1. 
Resepi bubur Kacang daripada Sweet Vanilla.

2. 

Biasanya, saya akan rendam kacang hijau semalam sampai keluar tunas. Kemudian, baru buat macam dalam blog ini Tanam ramuan. 

3.


Biasanya, saya bubuh gula melaka, daun pandan dan gula ketika rebus kacang hijau tak masuk kan kelapa, saya tak suka sebab daripada kecil mak tak letak pun kelapa, jadi pelik. Sama sahaja nak masak guna cara resepi Sweet Vanilla ni, gambar pun daripada Sweet Vanila.

Sekian sahaja, bukan senang nak menghadapi zaman gawat ini, tapi pandai-pandailah kan nak masak bagi kenyang. Kadang-kadang, makan kat restoren tak semestinya sedap, mahal tak berbaloi dengan harganya. Ada tu cakap popia basah, dalamnya kosong. tak tahulah kalau dah gst ni bagaimana pula ya.