Sunday, April 12, 2015

Perkahwinan itu...

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...

Perkahwinan itu amat susah, walaupun pedih terus juga tersenyum gagah.

Andai perpisahan itu mungkin terjadi, biarlah selesainya baik sahaja nanti.

 Kalau perkahwinan itu dibenci, hidup ibarat dalam penjara yang sepi.

Jangan nanti apabila jauh dan tak mungkin bertemu lagi, kita mengigil rindu, harap dan meraung mahu bertemu lagi.

Rindu yang amat pada apa yang kita benci, rindu pada setiap inci perangainya yang dulu kita keji.

Sungguh2, jika kita tahu setiap inci keburukan pasangan kita,  kita makin memahami setiap gerak geri langkahnya.

Jangan terlalu mencari kesempurnaan dalam setiap tingkahnya, kerna yang sempurna itu patung dan robot sahaja ya.

Paling sempurna itu Allah s.w.t sahaja.

h. metro