Bismillahirahmanirahim...
Assalamualaikum dan selamat sejahtera, hari ini saya ingin kongsikan serba sedikit tentang pengalaman saya sebagai seorang blogger. Ramai yang berpendapat penulisan itu perlukan bakat, ramai surirumah yang merendahkan diri. Menulis itu kemahiran yang boleh dilatih sehingga pandai dan pakar.
Tak kiralah siapa pun kita, kita ini Tuhan bekalkan dengan kelebihan untuk menutupi kekurangan. Jadikan kembangkan kelebihan, kemahiran kita untuk menutupi kekurangan kita. Antara cara mendapatkan banyak idea, dengan membaca, membaca, membaca, kemudian menulis. Awal-awal akan ada kesilapan, kemudian kita akan makin pandai tanpa kita sedari.
Kebiasaannya, saya akan mendapat idea yang mencurah-curah apabila membaca status rakan di Facebook, blogwalking, membaca akhbar dan majalah yang berkaitan dengan hobi dan minat saya. Idea perlu dicari melalui pembacaan yang membina dan bermanfaat.
Apa yang kita tonton, baca dan kaji akan dimasukkan dalam minda bawah sedar kita dan akan membentuk peribadi dan pemikiran kita secara perlahan-lahan. Malahan, peribadi, minat dan pengaruh rakan juga akan membentuk kita. Jadi ibu-ibu yang mahukan bekerja dari rumah, saya alu-alukan untuk bergabung bersama jemaah mek jemah ABDR. Ramai yang sudah berjaya bekerja dari rumah walaupun mempunyai anak-anak berderet-deret di rumah. Jadi, apabila kita lihat mereka berjaya, kita juga akan menyedut aura-aura positif dan semangat membara daripada mereka.
Kebanyakkan surirumah banyak yang terlalu merendah diri, tak yakin diri, malu berkomunikasi. Pengalaman saya, mungkin salah satu sebab kita jarang berkomunikasi dengan dunia luar. Terperuk di rumah, bersama anak-anak yang masih kecil, sambil menonton kartun kegemaran mereka. Salah satu sebab juga, terlalu banyak terpengaruh dengan drama kurang bermanfaat daripada tv. Kurangnya membaca buku yang bermanfaat menyebabkan kita makin diselubungi emosi-emosi dan pemikiran negatif.
Memanglah otak makin tepu, jangan dilupa pengalaman kita, menjaga dan mendidik anak, kecekapan kita memasak hidangan untuk hidangan keluarga, hobi mengemas rumah dan menghias rumah, boleh dijadikan modal untuk dijadikan niche dalam blog. Seterusnya daripada blog kita boleh menjana pendapatan melalui iklan yang dipaparkan, ataupun dropship dan juga perkhidmatan kita melalui kemahiran yang kita bina secara tidak langsung sebagai surirumah mungkin diperlukan orang lain.
Siapa kata surirumah tidak mampu membina kerjaya sambil menguruskan anak-anak? Yang penting kita perlu yakinkan diri, bacalah perkongsian daripada guru saya, Pn Zaila dalam ebook Surirumah juga boleh berbisnes, memuatkan pengalaman beliau sebagai surirumah yang menjaga anak-anaknya sendiri sambil berbisnes dari rumah.
Kesimpulannya, jika terlalu merendahkan diri kita, dan tak yakin pada diri, orang akan memperkotak katikkan usaha kita, jika kita berusaha sedaya upaya pasti akan ada hasilnya, lambat atau cepat sahaja.
Jom sertai Kelas online asas blog dan penulisan ATAU pilih mana-mana kelas online disini:
- Kelas online asas blog dan fanpage mula bisnes
- Kelas online iklan di mudah.my
- Kelas online penulisan kreatif
- Kelas online urus akaun WAHM/SAHM/SOHO
- Pendaftaran Rakan Niaga/ Pengurus Online
- Tempahan Blog Bisness/ Blog Penulisan
- Ruang Iklan di Soho Directory
Jana pendapatan tanpa perlu keluar rumah. Insya-Allah.
Kami buka pendaftaran setiap hari. Boleh mula daftar bagi yang sudah sedia.
*Untuk surirumah yang mahukan kelas offline asas blog dan fanpage kami buka di Shah Alam.
Jika berminat hubungi saya:
Email : dalilayusof86@gmail.com
sms / wsapp / : 0193229480
atau fb: https://www.facebook.com/dalilayusof