Wednesday, March 25, 2015

Perbezaan surirumah dan surirumah yang bekerja dari rumah

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirrahmanirahim..

Apa beza ya suri yang bekerja dari rumah dan surirumah?


Suri rumah sepenuh masa
Suri rumah sepenuh masa memberi tumpuan utama kepada keluarga semata-mata. Anak-anak, suami dan urusan rumah tangga. Jadi tiga keutamaan ini adalah tugasan yang menjadi keutamaan. Tidak melakukan apa-apa atau sebarang sumbangan kewangan kepada keluarga.
Suri bekerja dari rumah
Suri yang bekerja dari rumah adalah mereka yang menghasilkan pendapatan sama ada bekerja, mengusahakan bisnes, secara sambilan atau sepenuh masa. Peranan suri ini sama sama sibuknya dengan suri yang bekerja di luar rumah. Tugas yang dipikul adalah berganda dan memerlukan pengurusan masa yang baik.
Tanggapan masyarakat terhadap suri rumah
Bagi sesetengah pandangan, merasakan suri rumah adalah mereka yang tidak berpendidikan, terkongkong dan tidak memberi apa-apa sumbangan kepada masyarakat. Dunia hanyalah persekitaran keluarga dan anak-anak sahaja.
Tepis pandangan ini secara positif
Saya sudah mengenali dan menemui ramai suri rumah yang berpendidikan dan meletakkan jawatan sema-mata menumpukan kepada keluarga. Suri rumah kini semakin bijak, terbuka dan mempunyai pandangan yang lebih baik dalam menentukan hala tuju keluarga.
Dapatkan pakej ebook ini sekarang pada harga RM30 sahaja! 
Untuk pembelian, boleh hubungi saya

Email : dalilayusof86@gmail.com
sms / wsapp / : 0193229480

atau fb: https://www.facebook.com/dalilayusof


3 comments:

  1. Memang seronok bila dapat bekerja dari rumah sepenuhnya, melihat anak-anak membesar di depan mata memang satu anugerah yang tidak ternilai.

    ReplyDelete
  2. Okje pernah beli ebook Irfan Khairi .....lebih kurang cenggitu lah.....tp tulah, berkobar kobarnya jer yg lebih.....

    ReplyDelete
  3. cabarannya cukup hebat juga...hu2

    ReplyDelete