Bismillahirahmanirahim...
Assalamualaikum, sejak akhir-akhir ini asyik melukis bersama anak senang nak ajar anak melukis, malas la pula nak buat kraf dengan anak. Leceh sebab bahan tak ada, ada satu video youtube yang paling saya suka, tentang macamana nak ajar anak melukis bersama. Blogger ini merupakan seorang pelukis dan mempunyai 3 orang anak, beliau suka melukis bersama anak-anaknya.
Apa yang saya pelajari dengan beliau ialah, ajar anak satu-satu, kita lukis di atas kertas sendiri, anak pun ada kertas sendiri. Paling penting apabila anak buat silap, jangan herdik, huih itulah yang paling susah nak lakukan. Apa yang dia buat, dia tak pernah kritik lukisan anaknya, siap puji lagi. Kalau anaknya tak faham apa yang dia buat, dia hanya beri panduan bukan lakukan terus untuk anaknya. Okay mari tengok dan belajar daripada blogger ini ya.
Bukan senang nak sabar dengan anak, caranya berlatih semasa mengajar anak melukis. Nak anak pandai atau tidak bergantung kepada kesabaran kita. Kadang-kadang kita lupa, anak kita manusia bukan robot, ajar terus dapat. he..he..Semoga sama-sama berjaya bersabar dengan anak sendiri ye..
Oh ya, bagi surirumah yang mahukan pendapatan sampingan hanya dari rumah boleh mengikuti kelas asas blog secara onffline di Shah Alam, pendaftaran masih di buka, ya...
Ataupun tiada masa, boleh daftar terus kelas online yang fleksible sepanjang masa, boleh rujuk yuran ABDR di sini.
OKje kategori mak yg tak sabarlah tau....huhu....Taunya anak kita tu bukan robot tap tulah kurang sabar kalau bab bab mengajar ni hehe.... Rajin awak ye Dalila
ReplyDeleteSaya kena paksa jugak diri rajin kalau tak anak tak de aktiviti mengacau mak dia buat kerja.hu2
Deleteibu kena belajar melukis dulu nampaknya ni. Anak2 mmg suka melukis tp bila suruh ibu lukis masyaAllah buruknya hihi
ReplyDeleteibu kena belajar melukis dulu nampaknya ni. Anak2 mmg suka melukis tp bila suruh ibu lukis masyaAllah buruknya hihi
ReplyDeleteMemang pun...saya pun tak pandai nasib la de ajar kat youtube..
Deletememang suka ajar dia melukis....barulah dia pandai men..hu..cabaran bergelar ibukan..bukan setakat mmasak tapi perlu belajar macam-macam nak ajar anak jadi pandai.
Delete