Monday, March 23, 2015

Pakar bukan pakar semuanya.

Teks: Dalila Yusof

Bismillahirahmanirahim...


Assalamualaikum dan selamatjsejahtera, hari ini terjumpa satu video tentang Chef Ramsay yang terkenal dalam bidang masakan, kegarangannyanya dalam rancangan  Masterchef. Minat asalnya sebenarnya adalah bola sepak, namun disebabkan kecederaan lutut yang dialaminya memaksa beliau mendalami ilmu memasak.

Antara kata-kata motivasi daripada beliau:


"I tell these young guys, 'Look, if you want to get ahead, leave the parents, get out on your own and learn to stand alone'," says Gordon Ramsay. "If you're still at home nice and comfortable and secure by the time you're 21 or 22, you will have no ambition to... bust your arse and become a great chef."

"Saya beritahu semua anak muda sekalian, nak berjaya maju ke hadapan, tinggalkan ibu bapa anda, keluar daripada rumah, cari hidup sendiri dan belajar berdikari, " ujar Gordon Ramsay. "Jika kamu masih di rumah hidup selesa dan bagus dan selamat pada kamu berusia 21 atau 22, kamu tidak akan mempunyai cita-cita ....belajar daripada kesusahan dan jadilah seorang chef yang terbaik"

Memang betul apa yang dicakapkan, ada yang saya ubah jadi positif ya. Kalau kita berkepit dengan ibu bapa ,saha-sahlah mereka anggap kita macam kanak-kanak ribena lagi. Sedangkan kita sudah menginjak dewasa, dan ini menjadi kita malas mencuba pelbagai perkara kerana kita tiada daya penolak untuk maju ke hadapan. Contohnya, kalau nak masak, dulu-dulu tak sedap, mak kutuk kemudian mak akan masakkan untuk kita. Kemudian, kalau apa yang kita buat tak betul, mak kita tolong betulkan. Makin lama makin ternak lemak. he..he..kan?



Walaupun, Chef Ramsay merupakan pakar dalam masakan, namun beliau bukanlah pakar dalam semua benda. Chef Ramsay cuba belajar membuat mee daripada seorang chef Cina yang pakar dalam perkara ini. namun Chef Ramsay gagal. Marah sungguh beliau siap dibaling mee yang tak jadi tu, Chef China ini beritahu beliau ambil masa 10 tahun nak jadi pakar membuat mee. wooo...bukan mudahkan nak pakar dalam sesuatu perkara. 

Kesimpulannya, kita perlu tekun dan sabar kalau nak berjaya dan pakar dalam sesuatu perkara. Dan jangan lupa tadah telinga, dengar cikgu yang kurang sabar maki hamun kita dalam proses pembelajaran tu. Senyum sahaja macam kambing sampai telinga tau. 

woodpress.com

Bagi surirumah yang nak belajar buat pendapatan sampingan dari rumah, boleh klik ke jana wang dari rumah . Apa yang bagusnya kami menawarkan kelas online, jadi tak payah nak tinggalkan anak-anak untuk belajar ya.


Ataupun boleh dapatkan tips-tips berniaga daripada ebook  Surirumah boleh berbisnes, set promosi 3 ebook hanya berharga RM 50 sahaja.

Bagi yang mahu belajar akaun secara online, tiggal lagi 2 kekosongan sahaja. Segera rebut peluang belajar kelas akaun di rumah secara online.

1. Kelas Asas Akaun secara ONLINE
Tarikh: 29 Mac 2015, Ahad
Masa: 9.30pg - 12.30tgh
Yuran Rm150

Untuk pendaftaran, boleh hubungi saya

Email : dalilayusof86@gmail.com
sms / wsapp / : 0193229480






Rujukan daripada: 

http://www.hellomagazine.com/profiles/gordon-ramsay/

http://www.biography.com/people/gordon-ramsay-17169720

2 comments:

  1. Pokok pangkalnya kena rajin berusaha, kalau tidak tahap tu jerlah kita kan Dalila....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yelah..bukan senang nak jadi pakar ni...tapi kalau dah pakar memang orang sanggup bayar mahal untuk kepakaran kita.

      Delete