Bismillahirahmanirahim...
Assalamualaikum, pembaca sekalian. Hari ini nak kongsi satu ilmu berkenaan bagaimana anak kita seawal usia paling cepat setahun, belajar dengan orang sekelilingnya. Saya baca daripada raisingourkids. Jika kita perhati betul-betul waktu ini anak-anak lebih pantas meniru perbuatan percakapan orang sekelilingnya terutama kakak atau abang, ibu dan ayahnya.
Dapatkan ebook panduan Surirumah juga Boleh berbisnes sebagai panduan suri mulakan bisnes hanya dari rumah.
Cuba kita perhatikan apa anak seawal usia ini lakukan:
- Belajar perkataan yang baru. Pemerhatian saya Cik Ecah suka tiru apa yang dituturkan. Kalau kita sebut banyak patah perkataan. Yang hujung mesti ditiru, dalam bunyinya yang cukup pelat, contohnya, makan jadi kan, kencing jadi ncing, tak nak jadi nak sambil geleng-geleng kepala.
- perkataan yang paling si kecil sebut tak nak/ nak nak dan no..no..
- Mengikuti cerita yang sangat mudah. Biasakan jika membaca cerita, bacalah dengan penuh perasaan, jangan lupa siap gaya sekali tau.
- Meniru perbuatan orang sekeliling, tiru bunyi suara dan setiap perbuatan. Cik Ecah suka tiru apa yang kakaknya buat, berlari, menari dan bermain.
- Pandai membaca buku sendiri.
- Banyak bertanya ( "apa itu?")
- Pandai menyampuk perbualan
- Pandai dan tahu nama objek dalam gambar. ("bola")
- Menconteng menggunakan warna karyon, pensil dan pen.
- Suka membaca buku yang berlagu dan perkataan berulang.
- Mengikuti dua bahagian arahan ("Kutip stokin dan masukkan dalam bakul)"
- Suka menyanyi sambil berjoget.
Ada yang saya tambah melalui pemerhatian dengan cik Ecah.
ABDR
Bergabung dengan kami jemaah ABDR yang menghampiri angka 2000 tidak lama lagi. 3 kategori kelas popular tahun 2015
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas bisnes online
3. Kelas akaun
Rosa tugs on Ms. Vega's arm and says, "Wet." Ms. Vega says, "Your diaper is wet. Let's go change it."
Rosa lies down on the changing table. Ms. Vega washes her hands and tells Rosa what she is doing. "I'm washing away all the germs so you will stay healthy. I'm taking off your shorts. They're red, like your sneakers." Rosa says, "Red sneakers."
Ms. Vega takes a diaper from the shelf. She replaces Rosa's wet diaper with a dry one. "All done," says Ms. Vega. "Wash hands?" asks Rosa. "Yes," says Ms. Vega, "let's wash our hands."
Rosa heads for the sink, singing. "This way, wash hands, wash hands, wash hands." Ms. Vega sings along, then says, "Rosa, you learned a new song to sing." "Sing song," says Rosa.
Jom belajar membuat bunga dengan icord.
Seperti kanak-kanak lain Rosa belajar berkomunikasi melalui orang dewasa.
- Dia memberitahu keperluannya melalui kumpulan perkataan, contoh: yak, ncing. Dalam cerita di atas "wet".
- Dia mengulangi apa yang orang dewasa katakan.
- Dia pantas belajar satu lagu yang mudah.
- Dia bertanya soalan.
Apa yang penjaga atau ibu boleh bantu dia belajar berkomunikasi.
- Membalas permintaan Rosa dengan menjawab satu kumpulan perkataan.
- Memberitahu apa yang dilakukan dan namakan satu warna.
- Menyanyi lagu dengan Rosa, dan memujinya apabila dia pandai mengikuti lagu tersebut.
Kesimpulannya, pada tahap ini otak si kecil menyerap lebih pantas seperti span menyerap air. Mulakan mengajar mereka, supaya akan terserap dalam otak anak-anak sampai bila-bila. paling mudah mereka faham dan suka belajar seawal bayi lagi. Tak kisah mereka faham atau tidak yang pasti kita jadikan setiap saat anak-anak dimanfaatkan untuk belajar perkara baru setiap hari bukan dengan memberi ipad dan tv sahaja sepanjang masa.
Panduan berpantang dan resepi berpantang boleh dapatkan di Resepi 44 hari berpantang.
Kelas offline belajar asas blog dan instagram di Shah Alam boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut.
hubungi saya untuk mendaftar.
whatsapp: 019-3229480