Bismillahirahmanirahim...
Saya tahu ramai surirumah di luar sana, rata-ratanya mempunyai ijazah ataupun diploma, berkorban kerjaya demi membesarkan anak dan menguruskan keluarga. Rata-rata, tertekan tidak merasa lagi duit hasil titik peluh sendiri. Ada yang mesej saya, berminat bekerja dari rumah namun merasakan diri tiada bakat untuk menulis. Saya bukanlah orang yang berbakat, kalau dilihat penulisan saya bukanlah yang terbaik. Tapi, saya banyakkan membaca blog, buku-buku yang berkaitan niche blog saya dan menulis, daripada situ kita akan belajar dan meniruvasi.
Pasti kalau yang mengenali saya, tahu perbezaan saya di blog dan di luar sana, Saya pendiam, sukar bercakap mungkin kehidupan saya banyak terperuk di rumah, saya kurang keyakinan untuk bercakap dengan orang ramai. Rata-rata ramai yang mengutuk dan memperlekehkan saya menjadi blogger. Ramai yang berpendapat sia-sia, tapi saya seronok, blog umpama majalah bagi saya, saya seronok berkongsi apa yang saya fikirkan, pengalaman berharga saya dan kemahiran mengait saya. Saya belajar sesuatu dengan blog, saya ada tempat meluahkan perasaan secara positif. Blog banyak memaksa saya untuk membaca dengan lebih banyak bacaan yang berkualiti berbanding dahulu, menonton drama yang ntah apa-apa. Saya suka menulis selagi tidak melibatkan perkara yang negatif dan sia-sia, selagi tak melebihi batasan saya sebagai isteri dan seorang ibu kepada anak-anak saya.
Blog memang mengambil masa untuk dijenamakan. Tapi sekurang-kurangnya, sewaktu anak-anak sudah masuk ke alam sekolah dan menginjak dewasa, kita sudah mempunyai tapak yang kukuh dan stabil dalam blog. Memang sukar bekerja dari rumah dengan anak yang masih kecil, lebih baik bermula secara kecilan sewaktu anak masih kecil berbanding kita lakukan sewaktu anak sudah dewasa. Sekurang-kurangnya kita sudah ada pengalaman yang luas untuk melebarkan sayap untuk terbang apabila anak sudah menginjak dewasa. Kalau dahulu, saya tiada idea untuk menulis, samapai kena tegur dengan guru blog saya, sekarang rasanya tadi mahu menulis sedikit tapi sudah berjela-jela. he..he...Lagi satu, kita boleh sedut aura-aura positif daripada kawan-kawan geng mak jemah ni, geng ABDR.
Ini salah satu ulasan protege kelas ABDR kami. Beliau juga bermula daripada zero.
Ulasan Kelas Asas Blog & Fanpage
Guru Online : Zaila Mohamad
Sumber : http://norfahdillahtullelakhalil.blogspot.com/2014/01/perjalanan-hidupku-sebagai-blogger.html
Bismillah.
Sumber : http://norfahdillahtullelakhalil.blogspot.com/2014/01/perjalanan-hidupku-sebagai-blogger.html
Bismillah.
Assalamualaikum.
Jujurnya sebelum ini memang saya pernah mempunyai blog sendiri tapi tiada isi kandungan yang berkualiti kerana blog yang dihasilkan dulu sekadar untuk cuba-cuba sahaja. Dulu saya sangat kagum dengan rakan-rakan yang pandai menulis dan menjadikan blog mereka cantik dengan gadget-gadget yang menarik tambahan lagi sekarang telah lahir ramai 'selebriti' blog yang popular seperti Fatin Liyana dan Hanis Zalikha. Memang sebelum ini pernah bercita-cita untuk jadi blogger popular seperti mereka tapi apakan daya tahap kepakaran dalam penulisan kreatif sangatlah lemah.
Saya juga mempunyai masalah yang sangat berat iaitu sukar untuk berkongsi kisah hidup kepada orang lain, inikan pula perlu buat karangan mengenai kisah hidup dan disiarkan diinternet untuk tatapan satu dunia serta mengharapkan lebih ramai yang akan baca kisah hidup kita.
Pada 10/10/2013 bermulalah perjalanan hidup saya sebagai penulis blog secara serius serta mempunyai hala tuju yang jelas. Pada hari tersebut saya telah mendaftarkan diri sebagai pelajar kepada cikgu dalam penulisan blog iaitu Pn. Zaila Mohamad. Kelas yang diadakan sangat flexible, tiada waktu-waktu tertentu yang ditetapkan. Kak Zaila juga merupakan cikgu yang sangat peramah dan beliau akan menjawab kesemua soalan dengan penuh komitmen.
Pada permulaan kelas memang terlalu banyak soalan yang saya tanyakan kepada kak Zaila. Beliau juga pasti akan menjawab sehingga saya betul-betul faham. Masalah utama yang saya hadapi semestinya cara penulisan yang betul. Untuk entri yang pertama memang sangat banyak kesalahan yang saya lakukan. Kata nama diri yang sesuai pun diajar oleh kak Zaila. Cara penceritaan serta isi kandungan juga penting. Cara-cara untuk masukkan gadget-gadget utama dan sesuai dengan blog kita juga diajar. Kini saya tahu bahawa blog yang cantik tidak semestinya akan menarik minat pembaca untuk ikuti blog kita tetapi isi kandungan yang menarik dan mudah difahami itu yang penting.
Setelah mendaftar dalam kelas blog ini, secara automatiknya saya berada dalam Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR). Pada mulanya saya tidak faham apa kaitannya ABDR dengan blog. Setelah berkomunikasi dan berkenalan dengan beberapa orang ahli ABDR baru saya faham bahawa kebanyakan penulis blog yang berada dalam ABDR adalah suri rumah yang sesetengahnya pernah bekerja serta memegang jawatan tinggi dan mengambil keputusan untuk bekerja dari rumah. Mereka menggunakan pelbagai medium untuk memasarkan hasil kerja mereka dan salah satu caranya adalah melalui penulisan blog.
Di Akademi Bekerja Dari Rumah, setiap ahli akan memberi sokongan antara satu sama lain kerana tidak semua wanita yang bekerja dirumah akan dipandang tinggi oleh orang diluar sana. Diharap melalui perkongsian perjalanan hidup bekerja dari rumah melalui blog ini akan membantu dan memberi garis panduan kepada para wanita yang ingin mengambil keputusan untuk bekerja dari rumah sahaja.
Melalui pengalaman saya yang bekerja dari rumah ini, blog merupakan medium yang sangat-sangat berkesan dari segi pemasaran dan yang paling penting salah satu cara untuk saya memperkenalkan diri kepada pelanggan dan bakal pelanggan secara tidak langsung. Secara realitinya, saya tidak mampu untuk bersua muka dan bercerita kisah perjalanan bisnes bakeri saya pada setiap pelanggan. Dengan cara menulis blog ini, para pembaca akan dapat membaca perjalanan bisnes saya dengan lebih jujur dan terperinci.
Kepada rakan-rakan yang berminat untuk belajar menulis blog secara serius dan mungkin ada cita-cita untuk bekerja dari rumah boleh sertai kami di Akademi Bekerja Dari Rumah dan menjadi salah seorang pelajar kelas asas blog bersama cikgu Pn. Zaila Mohamad. Jangan segan-segan untuk hubungi Pn. Zaila melalui FB beliau (FB: Zaila Mohamad).
Mahu mendaftar boleh hubungi saya di Whatssapp: 019-3229480
atau email- dalilayusof86@gmail.com