Saturday, January 24, 2015

Mengajar anak mewarna

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...


Selamat tengahari, hari ini baru berkesempatan nak mengadap blog. Dua tiga hari ini, sibuk dengan keluarga sahaja, anak-anak semua demam dan selsema. Lagi pening nak buat kerja lagi-lagi anak-anak nak berkepit juga. Semoga cepatla selesema berlalu pergi. Pening kepala dan sesak nafas, nak buat kerja, yelah saya sendiri pun turut berjangkit. Bermula dengan si Kina, kemudian berlarutan ke satu keluarga termasuk suami.

Hari ini cuba ajar anak-anak, cara mencantumkan dot dot dan mewarna. Senang saya ambil bahan homeschooling daripada internet sahaja. Misalnya, lembaran kerja ini saya ambil daripada  http://www.allkidsnetwork.com/. Sakinah, memang tak pandai menulis lagi, tapi warna, nombor dan huruf sudah pandai. Mencabar kesabaran mengajar anak yang masih kecil. Tekad saya sekurang-kurangnya, anak-anak mampu menulis walaupun sedikit sebelum masuk ke alam persekolahan.


Rasa kelamkabut juga kerana nak mengait lagi, blogging lagi, masak lagi. Kadang-kadang apabila sudah cukup tertekan saya sental je dapur sambil membebel. Ha..ha..Tertekan juga, menghadapi karenah anak-anak yang sukar makan dan minum ini. Tapi sebelum tidur, saya selalu ucap saya sayang mereka. Sekurang-kurangnya marah itu reda, mereka tahu saya sayang.  Adakala, kesabaran kita tergugat dek kerana mereka masih baru belajar hidup, banyak kesilapan yang mereka lakukan untuk belajar. 

Lembaran kerja ini pula untuk mengajar anak tentang mewarna. Boleh rujuk di laman web http://www.tlsbooks.com/primarycolorshapes2.html. Lambat atau cepat anak-anak belajar, biarlah, yang pasti saya mahu mereka terus mencuba. Tak suka mereka merengek kata tak tahu nak lakukan, alasan tak nak membuat apa-apa.  Si Sara sungguh mencabar hati, baru belajar sedikit sudah berkata "Bosanlah ibu."

Saya sedar kesilapan saya membiarkan mereka asyik menonton tv. Tahun ini tekad saya, anak-anak perlu belajar, kurangkan menonton rancangan di TV.  Mungkin anak-anak, tak masuk ke tadika, namun biarlah pencapaian mereka sama seperti yang belajar di tadika. Sekian travelog seorang surirumah yang biasa-biasa sahaja. 



Berikut merupakan pilihan kerja dari rumah yang BOLEH dilakukan oleh surirumah adalah :
- menjadi blogger dengan menulis blog, review produk & dapat bayaran
- menjadi ejen dropship : jual barang tak kisahlah barang apa tapi yang pasti kita suka guna
- menulis artikel : hantar pada website yang dah terkenal dapat bayaran
- menjual online : tak kisahlah awak nak jual apa pun ikut minat & ilmu yang ada
4 tips yang saya bagi ni kalau konsisten buat setiap hari pun dah boleh bagi pendapatan 3 ke 5 angka sebulan. Rebutlah peluang yang ada depan mata, dapat jaga anak, dapat jana pendapatan dari rumah. Apa lagi yang kalian sebagai surirumah mahu?
Daftar kelas asas blog, fanpage & beriklan melalui Mudah.my & Instagram (kelas offline) bersama Cikgu Zaila. Cakap banyak takde gunanya yang penting bertindak!
PM/WA ke (019-3229480) . Kelas offline di Shah Alam