Tuesday, November 25, 2014

Tambah kerja, Kurang tekanan

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...

Selamat pagi  dan assalamulaikum..., sudah berapa lama tidak mengupdate secara teratur, atas perkara yang tidak dielakkan, hampir 2 minggu rasanya.  Hari ini saya ingin kongsikan pengalaman saya bekerja dari rumah. Bekerja dari rumah memang tak menang tangan, mana nak kejar anak, suami, rumah, mengait dan berblogging. Sangat sukar jika kita tiada sistem, dan tidak mempunyai rakan untuk bertukar pendapat masalah pengurusan masa apabila bekerja dari rumah.

Jika disuarakan pada suami, suami hanya mampu meminta kita bertenang dan bersabar. Perlu diingat sistem bekerja kita berlainan dengan bekerja di pejabat. Tiada lagi istilah pukul 8 pagi hingga 5 petang. Waktu kerja kita tak menentu, fleksible, dan biasanya dilakukan ketika anak-anak dan suami sedang nyenyak tidur. Namun, jika disuarakan pada guru dan rakan-rakan ABDR, mereka akan memberikan pelbagai idea yang bernas untuk menyelesaikan masalah. Guru saya sentiasa berpesan jangan sesekali mengalah, dan sering menjadikan dirinya dan pengasas ABDR sebagai rujukan. Mereka mempunyai anak lebih daripada 3 orang. Mereka mampu menjaga anak sendiri sambil menjana pendapatan dari rumah. Pentingnya kita belajar daripada pengalaman kita dan orang lain untuk menyelesaikan masalah kita. Tiada masalah yang baru dalam dunia ini, setiap orang mengalami masalah yang sama, cuma cara kita menyelesaikan masalah itu yang membezakan kita dengan orang lain.

Lantaran, kesibukkan membaca, menelaah, mengait dan menguruskan anak, kerja rumah yang tak sudah-sudah, saya jarang menonton tv. Paling penting tiada lagi masa untuk memikirkan perkara-perkara yang bukan. Masalah yang mendatang tak akan selesai jika kita memenatkan diri berfikir tanpa berusaha menyelesaikannya. Boleh meroyan, dengan perangai anak yang makin nakal. Boleh pengsan jika berada di rumahm, tanpa menjana pendapatan sampingan. Bagi saya, blogging mampu mengendurkan urat saraf di kepala, mengurangkan sakit di kepala. Kebanyakkan kita yang bergelar surirumah, mengalami tekanan perasaan kerana terlalu banyak berfikir dan merasakan diri kita terlalu membebankan suami, lebih-lebih lagi dengan peningkatan harga barang yang semakin meningkat. Kos sara hidup juga meningkat. Kesian juga si suami sahaja mencari duit yang yang tak pernah cukup buat menyara anak dan juga isteri. Entri akan datang saya kupaskan apa makna sebenar bekerja dari rumah, sudah tentulah bukan bekerja seperti di pejabat ya!

Jika anda berminat ingin menjana pendapatan di rumah, boleh hubungi saya, jangan segan-segan.

Iklan: 

Jika anda ingin belajar membuat blog, boleh hubungi saya ya: 

Kini kami sedang mempromosikan Pakej Mampu Milik, terutama surirumah yang ingin belajar menjana pendapatan daripada rumah. Apa itu Pakej Mampu Milik? 

  • RM 200 yuran tempahan blog bisnes + boleh menjadi Pengurus Online ABDR (mempromosi (kelas online dan ebook ) + dropship produk makanan) Kumpul komisen bagi setiap jualan.
  • Cara pembayaran , dibayar penuh atau ansuran selepas mendaftar: 
  1. RM200 (bayaran penuh) @
  2. RM100 x 2 @
  3. RM 50 x 4



Kelebihan menjadi ahli Akademi Bekerja Dari Rumah: 


  • Blog bisnes ini disertakan pertukaran pautan (bloglist)  830 blog WAHM  untuk meningkatkan aliran trafik ke blog anda. 
  • Boleh mula bisnes dengan modal rendah (perlu bayar yuran pakej sahaja) dengan menjadi ejen dropship, kutip komisen anda tanpa perlu keluar rumah. Urusan penghantaran dilakukan oleh pihak kami. 
  • Meluaskan pasaran bakal pelanggan dengan jaringan blog di Akademi Bekerja Di Rumah bagi yang mempunyai produk sendiri. 
  •   Perkara utama apabila berniaga online kita perluaskan perhubungan terutama antara peniaga online. Kami terdiri daripada kumpulan blogger yang kebanyakkannya surirumah dan ada juga berkerjaya, merupakan usahawan online yang berjaya. Boleh belajar dengan mereka yang berjaya bagaimana mengurus rumahtangga sambil menjana pendapatan dari rumah. 






whatsapp: 019-3229480