Bismillahirahmanirahim...
Sudah lama tak update blog, rindu rasanya. Hari ini pergi ke Klinik Cahaya Suria, berhadapan dengan UTC Pudu Sentral untuk mengetatkan lagi braces. Kali ni gigi tak seketat dulu, bolehla nak makan macam biasa. Apa yang ingin saya kongsikan di sini, sekitar panorama Puduraya. terasa macam di negara asing. Manakan tidak, kedai makanan sudah dipelopori oleh orang asing. Kawasan sekitar juga dikelilingi orang asing. Agak menakutkan juga pergi ke klinik seorang diri, tapi keadaan sekeliling yang sentiasa penuh dengan orang ramai, reda sedikit perasaan takut.
http://www.thestar.com.my/ |
Pengemis pula, kebanyakkan bangsa melayu, duduk bersimpuh berdekatan dengan stesen komuter dan lrt. Situasi yang agak menyedihkan, bagi saya apabila pernah dahulu saya ternampak, seorang ibu terpaksa mengemis membawa anak bersama, hampir sebaya dengan anak saya. Minta jauh, walaupun sesukar mana sekalipun jangan la terpaksa merempat membawa anak menagih simpati dan sukar macamanapun tetap nampak jalan keluarnya. Mungkin ada sindiket pengemis yang kadang-kadang membawa budak-budak kecil untuk meraih simpati. Nak diberi pun rasa was-was, pernah terbaca di dada akhbar, pemgemis sebenarnya boleh menjadi kaya dengan hanya mengemis. Bukan mudah nak mencari wang, rasa tak bermanfaat untuk orang yang sekadar duduk dan menadah tangan.
Okey, sampai di sini sahaja, jumpa lagi la yer.