Friday, October 24, 2014

Tanpa Pelanggan siapalah kita

Tanpa pelanggan siapalah kita









Saya sebagai salah seorang ahli ABDR juga tidak mahu ketinggalan mahu mendapatkan naskhah ini juga demi memperbaiki diri menjadi seorang usahawan muda berilmu serta berjaya di dunia mahupun di akhirat kelak. InsyaAllah. Mohon doanya ya rakan-rakan.

            Ketika membaca eBook ini yang sarat penuh informasi dan coretan pengalaman para penjual dan pembeli online buat diri ini terkedu seketika. Hati kecil berbisik “Inilah yang aku lalui ketika baru mula menjalankan perniagaan online secara kecil-kecilan pada pertengahan tahun 2011”. Berbekalkan Diploma dalam bidang Pengajian Perniagaan, saya nekad mahu memulakan perniagaan online sendiri. Terasa diri sudah cukup bersedia mahu mengharungi dunia baru, mahu bergelar usahawan muda dalam kadar segera. Ikut cara sendiri sahaja. Sehinggalah pada satu tahap, saya mula berasa kosong jiwa. Serba tidak kena dan tidak menjadi. Modal habis banyak, untung tidak seberapa. Lantas saya teringat kata-kata seorang tokoh usahawan terkenal di Malaysia yang cukup kuat melekat di kotak fikiran saya hingga ke hari ini, “anak muda ini darahnya cepat panas. Mahu cepat dalam segala hal dan tidak berfikir panjang. Pasti hasilnya juga nanti tidak akan menepati piawaian yang telah ditetapkan. Ilmu teori sahaja tidak mencukupi. Perlu ada asas praktikalnya juga”.

Terdiam saya dibuatnya. Memang benar belaka. Itulah yang baru dikatakan sebagai usahawan berilmu. Akhirnya saya sedar bahawa saya telah pun gagal pada waktu itu.

            Secara jujurnya, eBook ini menceritakan segalanya. Susun atur plot penceritaan juga menarik minat pembaca untuk kekal meneruskan pembacaan sehingga ke akhirnya. Permulaan penceritaan dimulakan dengan perbezaan antara perniagaan Online dan juga Offline. Penulis mahu pembaca tahu dan sedar bahawa Bisnes Online juga mampu menjana pendapatan lumayan sama seperti Bisnes Offline juga asalkan kena pada caranya. Diakui cabaran yang dihadapi para peniaga Online juga tidak kurang hebatnya, penulis memberikan beberapa tips mudah mengenai cara mahu mengatasi setiap masalah yang timbul sepanjang sesi jual beli berlaku bersama para pembeli. Segalanya menjadi mudah dengan adanya toleransi dan persefahaman yang baik antara kedua-dua belah pihak baik di pihak penjual mahupun di pihak pembeli. Pada helaian di bab berikutnya, penulis mula mengembangkan penceritaan dengan mula memberikan tips penting perihal bagaimana mahu menggembirakan pelanggan, membina keyakinan, menawan hati serta menghargai pelanggan hingga menjadi pelanggan setia. Bagi saya bab ini sangat penting dalam sesebuah perniagaan. Pelanggan adalah tonggak ekonomi sesebuah perniagaan. Jatuh bangun sesebuah perniagaan itu bergantung kepada jumlah pelanggan yang datang membeli baik pelanggan baru mahupun pelanggan setia. Memetik sebaris kata daripada penulis di dalam eBook ini “tanpa pelanggan, siapalah kita”. Cukup ringkas tapi penuh makna tersirat di sebaliknya.

            Selepas habis membaca eBook ini, seolah-olah saya telah mendapat satu suntikan semangat yang baru. Dulu saya terlalu fokus kepada produk yang dihasilkan dan kurang mengambil berat perihal citarasa pelanggan. Skil komunikasi juga tidak begitu baik. Tetapi selepas membaca eBook ini, saya sudah tahu apa yang perlu dilakukan selepas ini. Terima kasih sekali diucapkan kepada penulis kerana telah memberikan ruang dan peluang untuk saya membuat sedikit ulasan mengenai eBook ini. Saya doakan semoga Puan Masayu  Ahmad dimurahkan rezeki serta dipermudahkan urusan dalam hidup dan dapat berterusan memberi manfaat kepada saya dan juga anda semua. Jadi apa tunggu lagi? Segera dapatkan buku ini pada harga yang cukup berpatutan dan pastinya mampu dimiliki oleh setiap orang. Sekian, terima kasih.


Miliki ebook ini, tinggal 36 orang sahaja lagi yang layak mendapat harga RM30.

Juga bonus ke dua boleh pilih mana-mana ebook saya. Jadi bayar RM30 untuk dua ebook.

Harga selepas ini RM50 selepas cukup kuota harga promosi ;)







boleh dapatkan segera di borang tempahan







http://sitinornaziha.blogspot.com/2014/10/ulasan-ebook-rahsia-khidmat-pelanggan.html