Sunday, October 5, 2014

Mari Main Lukis-lukis 1

Teks: Dalila Yusof

Bismillahirahmanirahim...


Selamat pagi dan salam sejahtera, saya rasa ramai mak-mak budak dah lupa macamana nak melukis. Kita hanya belajar melukis, semasa sekolah rendah sahaja. Masuk sekolah menengah, sudah tak melukis. Tiba-tiba, apabila ada anak kita terpaksa mengajar melukis. Melukis mungkin tahu, tapi macamana nak ajar mereka melukis, itu yang kita tak tahu dan perlukan kesabaran yang terlampau tinggi.

Pertama sekali, wajib ajar anak bentuk-bentuk asas seperti segitiga, bulat, oval dan sebagainya. Kalau anak dah kenal baru boleh ajar mereka melukis. Sambil melukis boleh tanya anak apa bentuk yang kita lukis. Secara tak langsung kita mengajar mereka bagaimana nak mengaplikasi apa yang mereka pelajari sebelum ini.

Cara-cara melukis sambil mengajar:


  • Lukiskan bentuk bujur, sambil tanya anak apa bentuk yang kita lukis. Sambil melukis kita mengajar dalam bentuk bercerita. Saya lihat mereka suka cara begini. Mereka akan selesa dengan cara kita mengajar, mereka anggap kita bermain dan meluangkan masa dengan mereka. 

                                      
  • Lukiskan segitiga untuk membentuk ekor ikan, sambil bertanya bentuk yang kita lukis. 



                                     

  • Lukiskan 2 bulatan  untuk membentuk mata ikan, kemudian 2 bulatan kecil untuk membentuk  mata ikan. 


                                       

  • Lukiskan senyuman untuk ikan itu.


                                       
  • Lukiskan sirip ikan dalam bentuk segitiga. 

  • Lukiskan sirip ikan atas dan bawah dalam bentuk segitiga. 


  • Dah siap, tak sempat buat apa-apa ikan sudah dibawa lari. Kalu tak faham boleh rujuk video di bawah ye. Warnakan mengikut kreativiti anda dan anak-anak. Sewlamat mencuba.