Tuesday, October 7, 2014

Cintai apa yang kita lakukan

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...

txmrecruit

Membuat sesuatu yang kita suka, kita cintai, bukan bermaksud kita tak akan bekerja keras untuk mendapatkannya. Kebanyakan orang salah anggap dengan perkara ini. Setiap sesuatu tetap akan ada halangannnya.

Kita akan bekerja keras dan mungkin akan terduduk dan berputus asa. Kita akan dikeji, dihina, kelaparan dan kemiskinan.  Tapi apa yang mampu membuat kita bertahan, sebab, mengapa kita terlalu ingin mencapai kejayaan tersebut. Adakah sebab diri sendiri ditimpa pelbagai masalah yang mendatang, adakah kerana anak-anak? SEBAB UTAMA itulah yang mampu membuatkan kita mampu bertahan. Dan kita tahu, kita tak mampu membuatkan semua orang di sekeliling kita gembira dan puas hati dengan kita sampai bila-bila.

Apabila kita betul-betul suka apa yang kita buat :

  • Senang bangun pagi, kalau boleh tak nak berehat langsung. 
  • Khusyuk sampai terlupa tentang diri dan masa anda. 
  • Susah macamana pun tetap bertahan dan teruskan usaha sampai dapat. 
Hakikatnya, bukan senang nak buat apa yang betul-betul kita suka. Kita kena suka dulu apa yang kita buat sebelum dapat buat apa yang betul-betul suka. Macam saya sekarang, saya bukan suka menulis pun, tak berapa suka  membaca. Minat utama saya adalah mengait dan mengait, serta nak mengajar anak membuat homeschooling di rumah. Tapi disebabkan nak jaga anak dan suami sama sekali melarang saya bekerja, berblogging adalah satu cara untuk bekerja dari rumah.  Berblogging memang hasilnya lambat, dan perlu percaya dan yakin dengan berblogging mampu menjana wang.

Sebelum saya mengakhiri artikel ini, seronok jika kita mampu lakukan apa yang kita minat. tapi percayalah proses untuk mencapai kejayaan memang sukar. Kita akan kenal siapa lawan dan siapa kawan dalam proses itu. Dan, sokongan yang paling kuat bukan daripada keluarga kita, bukan daripada kawan rapat, hatta pasangan kita sendiri, tapi daripada DIRI KITA SENDIRI dan ALLAH s.w.t. Dua sokongan ni sudah cukup kuat untuk kita mara ke depan.

Apabila, kita jatuh banyak kali, tepuk bahu sendiri, selagi tak capai kejayaan jangan sesekali mengalah. Apa yang kita percaya itulah yang membentuk diri kita. Salam sayang dan selamat tengahari.

Untuk mereka yang sudah ada blog, mahu belajar menulis secara konsisten di blog boleh sertai kami di ABDR dalam kelas blog penulisan

Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan penulisan.
a.. Menulis cara santai, tetapi masih lagi mengekalkan Bahasa Melayu formal. Ini salah satu cara menarik minat pembaca suka dan datang lagi ke blog.
b. Bina tapak awal memperkenalkan diri kepada pembaca/bakal pelanggan.
c. Belajar menulis dan latihan menulis untuk dapatkan momentum. 
d. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi.
e. Bergabung dengan lebih rami blogger-lebih kurang 800 blog dalam akademi, untuk membantu aliran trafik ke blog.
f.  Ramai yang mahu bermula tetapi tidak tahu cara, menulis boleh dilatih jika tahu teknik yang betul.
g. Mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog.
h. Sudah ada blog, tetapi sudah tidak ada idea untuk meneruskan usaha berblog.
Jika kalian berada dalam salah satu kategori di atas, boleh sertai kami dalam kelas asas blog dan penulisan. Analisa dahulu sebelum masuk kelas. Boleh pm atau mesej inbox apabila sudah bersedia.
oleh hubungi saya untuk pendaftaran 
Email : dalilayusof86@gmail.com
Fb rasmi: dalilayusof