Wednesday, September 17, 2014

Menyimpan lebih awal teks protege abdr

Menyimpan Lebih Awal


Pentingnya Menyimpan Lebih Awal
Saya masih menggunakan applikasi Finacial Calculator seperti yang pernah saya ceritakan di dalam entri sebelum ini. Dengan fungsi Compund Interest Calkulator, saya kira berapa simpanan yang kita ada selepas 30 tahun dan 40 tahun. Jika anda mula menyimpan RM200 ketika berumur 25 tahun, anda bakal memiliki simpanan berjumlah RM550k dengan interest sekitar 7% . Akan tetapi jika anda mula menyimpan 10 tahun kemudian, simpanan anda hanya berjumlah RM250k.
Apabila ini berlaku, kita perlu terima hakikat yang kita memang lambat mula menyimpan. Sekarang fikir bagaimana hendak pastikan kita ada jumlah simpanan yang sama atau apa juga jumlah yang kita kehendaki walaupun menyimpan lewat 10 tahun? Guna kalkulator yang sama, masukkan parameter yang dikehendaki dan tekan Calculate.
Berpandukan pada kalkulator ini, anda perlu simpan 2x ganda simpanan anda dahulu. Untuk benar-benar menyamai simpanan berjumlah RM550k selepas 30 tahun, anda perlu simpan RM450. Anda boleh jadikan angka ini sebagai panduan. Sekurang-kurangnya kita masih boleh mencapai target yang kita tetapkan. Bersyukur kita diberi kesedaran walaupun sedikit terlewat.
Singgah di blog: http://norzalinahamzah.blogspot.com/
Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan penulisan.
a. Menulis cara santai, tetapi masih lagi mengekalkan Bahasa Melayu formal. Ini salah satu cara menarik minat pembaca suka dan datang lagi ke blog.
b. Bina tapak awal memperkenalkan diri kepada pembaca/bakal pelanggan.
c. Belajar menulis dan latihan menulis untuk dapatkan momentum.
d. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi.
e. Bergabung dengan lebih rami blogger-lebih kurang 600 blog dalam akademi, untuk membantu aliran trafik ke blog.
f. Ramai yang mahu bermula tetapi tidak tahu cara, menulis boleh dilatih jika tahu teknik yang betul.
g. Mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog.
h. Sudah ada blog, tetapi sudah tidak ada idea untuk meneruskan usaha berblog.
Jika kalian berada dalam salah satu kategori di atas, boleh sertai kami dalam kelas asas blog dan penulisan. Analisa dahulu sebelum masuk kelas. Boleh pm atau mesej inbox apabila sudah bersedia.
http://akademibekerjadirumah.blogspot.com/