Sunday, August 17, 2014

Tips Jimat kain daripada protege ABDR

Teks: Dalila Yusof 
Bismillahirahmanirahim....


Tips Jimat Kain
Bagi mereka yang baru memberanikan diri untuk menjahit, seeloknya, mulakan dengan membuat pola terlebih dahulu. Selepas itu baru tekapkan pada kain dan potong. Tetapi, kadang kala sering kita tersilap ketika menjahit. Terlupa basi jahitan dan cara jahit. Perkara ini adalah biasa bagi mereka yang baru dalam dunia jahitan.
Kebiasaannya, mereka yang baru mula belajar akan belajar jahitan yang mudah terlebih dahulu. Tetapi dek kerana ketidak kesabaran, kita mula cuba merealisasikan idea-idea yang sentiasa mencurah tanpa panduan dari sifu. Hanya dengan sedikit pengalaman dan hasil bacaan anda cuba untuk menghasilkan idea kreatif anda. Itu sebenarnya salah satu cara praktikal yang berkesan. Kaedah cuba jaya. Akan tetapi, sedarkah anda, kadang kala ianya membazir fabrik yang anda gunakan? Cara potong dan jahit yang salah, kemudian di tetas dan akhirnya kain tersebut lunyai dikerjakan. Sayangnya kain tersebut adalah pemberiaan yang tersayang sebagai tanda sokongan terhadap anda.

Di sini saya sediakan tips mudah jimat kain. Pasti anda mendapat hasil yang memuaskan. Caranya hanya pada kertas. Cuba potong kertas menggunakan skala kecil daripada pola asal. Kemudian, cuba jahitkan menggunakan tangan terlebih dahulu. Dengan cara ini, anda akan mendapat hasil dan menyelamatkan kain anda dari lunyai. Jika terdapat jahitan yang tidak difahami, cuba google, dan catatkan satu per satu. Anda akan mendapat hasil jahitan yang memuaskan. Biar lambat asal selamat!
Berkenalan dengan penulis: Aini Ali
Singgah di blog: http://norainimohdali.blogspot.com/2014/08/tips-jimat-kain.html
Kelas asas blog dan penulisan.


Berminat sertai kelas online belajar buat blog kami, hubungi saya 
di Fb rasmi saya dalilayusof