Wednesday, July 2, 2014

Ulasan e-book SuperMom, SuperWAHM

Ulasan e-book SuperWahm Supermom.

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirrahim...

Selamat petang...Hari ini saya ingin berkongsi sebuah buku yang menjadi panduan untuk saya setelah bekerja dari rumah. Ya, bekerja dari rumah nampak sahaja mudah, menyeronokkan kerana kitalah bos kitalah pekerja. Alangkah seronoknya, dapat menjaga dan mendidik, serta pakaian, makan minum anak terjaga sempurna. Namun hakikatnya, dugaannya lebih berat dikelilingi anak yang super nakal, rumah terabur, kepenatan yang melanda, katil yang memanggil-manggil, serta rancangan tv yang mengasyikkan.

Produknya sudah ada bagaimana ingin memasarkan dari rumah sahaja berbekalkan kemudahan internet. Bagaimana menguruskan tekanan yang melanda, rumah yang terabur, motivasi yang kadang-kadang naik, kadang turun. Semuanya sudah terjawab dalam buku ini. Jika anda katakan bekerja dari rumah itu mustahil, dengan karenah anak, kerja rumah yang tidak pernah habis. Buku ini ada jawapannya, tercatat beberapa pengalaman para wanita yang bekerja dari rumah samada masih bekerja makan gaji atau hanya menjana wang dari rumah sambil menjaga anak-anak.

Pada awal bekerja dari rumah, bila tekanan memuncak saya akan telaah buku ini berulang kali supaya saya benar-benar faham konsep bekerja dari rumah. Alhamdullilah, walaupun masih lagi tak selaju kawan-kawan yang lain namun saya telah mula menerima konsep bekerja dari rumah. Berbeza dengan makan gaji, semuanya sudah mempunyai sistem dan jadual yang takkan terganggu dek karenah anak yang kadang-kadang nakal atau sakit. Apabila anda bekerja dari rumah anda perlu bersedia terganggu dek tangisan anak, rumah yang terabur, perlu memasak untuk keluarga, membasuh pakaian. Perlu ada jadual, dan kreatif dalam menguruskan rumah dan anak-anak. Pada masa sama perlu bijak memperuntukkan masa untuk membuat pendapatan sambilan sambil melayan karenah anak.

"Baca buku motivasi Setiap kali saya mendesak diri menyiapkan manuskrip atau projek baru, saya baca, baca, baca dan baca buku tersebut (buku panduan penulisan). Alhamdulillah, saya kembali dengan momentum. Jika kalian masih dalam persediaan bekerja dari rumah jadikan buku Jana RM Dari Rumah sebagai buku panduan. Baca, baca dan baca hingga lunyai. Bukan sekali tetapi sampai puas hati. Begitu juga setiap kali melihat suasana rumah yang perlu diurus dengan baik, say a lagi kisah inspirasi wanita-wanita tauladan dalam al-quran. "

"Jadi kesimpulannya:
Berbahagialah kita kerana kita sudah menyandang status surirumah. Lagi bahagia dan bersyukur kerana kita pandai menjana kewangan walau berada di rumah. Lagi dan lagi bahagia apabila banyak peluang baru untuk kita terokai tambah rezeki. Lagi bahagia dan lagi besyukur apabila kita bergelar surirumah, ada banyak pilihan dan peluang menjana pendapatan dan dapat pula mengurus keluarga. "

Masayu Ahmad,  Karya ebook SuperWahm, Super Mom

Tempah terus di Borang tempahan e-book