Wednesday, July 2, 2014

Ulasan e-book Belajar Asas blog

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim.....


Blog merupakan kedai di alam maya, malahan boleh dikunjungi 24 jam tanpa perlu pengawasan daripada kita. Ibarat baru membuka kedai, kita perlu mempromosikan kedai  pada awal pembukaannya samada dengan mengadakan jualan murah secara besar-besaran, mengadakan jamuan kecil-kecilan,  dan memberikan layanan terbaik kepda pelanggan.


"Cipta, tarik pembaca 
Tips, cipta dan tarik pembaca 
update, update, update! 
Kalau mahu orang selalu berkunjung ke rumah kita, selalulah dan sangat perlu 
setiap hari rai mereka dengan informasi baru. Sedikit atau banyak pastikan ada 
kesegaran baru dalam blog. Ini penting sebelum membuat keyakinan kepada 
pembaca agar membeli produk kita. Apabila mereka sudah cukup yakin barulah 
'mereka'membeli. "

Masayu Ahmad. Belajar Asas Blog

Blog umpama kedai yang sudah siap, pemilik perlu mempamerkan produk-produk jualan. Pada masa sama perlu meraikan pelanggan dengan pelbagai informasi yang menarik seperti perkongsian masalah daripada sudut positif, resepi masakan  dan blog motivasi, atau tutorial kraft. Konsepnya kita perlu memberi dahulu segala kepakaran dan pengetahuan namun bukan rahsia jualan agar pembaca selesa dan setia. Jika anda mahukan sesuatu beri dahulu baru hasilnya. Kita juga mendapat pahala hasil perkongsian ilmu dengan pembaca. 

Pada awal penulisan blog, saya amat terasa sangat sukar menulis untuk mendapatkan 44 entri. Caranya saya akan baca, baca dan baca ebook ini agar mudah faham dan mencetuskan idea ketika menulis. Hanya baca sekali tidak memberi apa-apa kesan. Bacalah buku ini berulang kali sampai anda benar-benar memahami isi kandungannya terutama ketika buntu memikirkan idea penulisan. Ditambah pula dengan bahan-bahan berkenaan tajuk blog. Walaupun, pada mulanya agak sukar memahami, apabila mula menulis idea mencurah-curah masuk. 

Semua orang mampu menulis tetapi tidak semuanya mampu menulis dengan baik dan berpengaruh. Saya juga masih belajar dan banyak silapnya. Namun, jika mahukan penulisan menjadi semakin baik perlulah sentiasa membaca dan menulis. Rahsia kejayaan adalah mulakan bukan hanya terus memikirkan masalah dan cara untuk bertindak. Setiap kegagalan yang hadir disetiap percubaan kita terselit petunjuk daripada Ilahi. Cuma apabila kita bertenang dan rasai perubahan itu barulah jalannya dipermudahkan. 

Jika mahukan yang terbaik untuk diri, andalah yang perlu mencari jalannya sendiri. Usaha sehabis baik, bukan hanya menunggu orang bertindak dan berjaya barulah memulakan langkah. Carilah ilmu dan belajar daripada pengalaman orang lain. Allah akan membuka jalannya apabila kita berusaha bukan hanya menunggu bantuan. Laburlah sedikit wang untuk menambah ilmu bukan hanya bergantung sumber yang percuma sahaja seperti blog. Hadiri seminar, bacalah buku yang berkaitan minat anda dan matlamat. 

"Usaha+sabar=hasil" formula hidup Andrew Matthew, karya Ikut Hati Anda.

Tempah terus buku di sini

Jana wang melalui blog di Akademi Bekerja Dari Rumah

Ingin selesa berjalan jauh, sewa kereta MPV dan Hiace