Friday, July 4, 2014

Resepi Roti John ikut cita rasa .

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...


Hari berbuka dengan hidangan sangat mudah, Roti John. Tak  sangka pula mudah sahaja nak buat tapi tetap tidak mampu mengalah kesedapan Roti John di pasar malam, hu..hu..Tapi tetap sedap dimakan sebab dimasak dengan penuh kasih sayang. Ayat mantap sungguh. Perasan sahaja diri ini, sebenarnya kesedapan sesuatu makanan itu bergantung kepada tuan empunya badan, kalau selalu makan kat kedai makan, pastilah makanan di rumah sudah ditolak ke tepi. Iyalah orang di kedai sudah berpengalaman memasak, tentulah sedap masakannya, berbanding masakan isteri yang kurang berpengalaman. Jadi rajin-rajinlah memasak untuk menambat selera suami dan anak-anak. ti..ti..


Jadi saya kongsikan resepi ini yang saya ambil daripada blog Ha Sue, tapi saya olah ikut suka ati. Mak saya selalu pesan, olah je resepi ikut suka ati, kita yang buat dia, bukan dia yang buat kita. He..he..rindu dengar suara mak. 

Roti John Mudah dan ikut suka hati. 

Bahan-bahan ( 4-6 orang )

250gm daging cincang
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu kecil serbuk kari
3 sudu makan minyak untuk menumis
beberapa kepingan keju
sedikit garam
3 biji telor
sedikit marjerin
Mixed herbs (tak nak letak pun tak pe)
6 keping roti hotdog (roti panjang)
sos dan mayonis (jika suka)


Cara-cara
  1. Blend bawang dan bawang putih
  2. Panaskan minyak, tumis bahan yang diblend dan masukkan serbuk kari
  3. Masukkan daging cincang dan letakkan garam secukupnya hingga masak
  4. Belah dua roti jangan sampai putus
  5. Masukkan telor dalam daging cincang
  6. Pukul sebentar telor+daging.
  7. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Sapukan marjerin ke atas kepingan roti.
  8. Tuangkan telur ke dalam kuali seperti membuat telur dadar. Terlangkupkan roti ke atas telur tadi. Biarkan sebentar dan inti akan melekat pada roti
  9. Terbalikkan adunan jika telah masak dan biarkan sebentar. Jika suka boleh letak keju di atas telur tadi, kapitkan roti yang terbelah dua tadi. Biarkan atas kuali, sehingga keju yang berada di tengah roti tersebut mencair. 
  10. Angkat dan hiaskan dengan sos, mayonis nak sedap lagi tambah hirisan bawang dan kobis. Tapi tiada la pula kat rumah. Letak jelah apa yang ada tetap sedap. 
Harga kos membuat Roti John ini jika dicongak memang sangat murah berbanding jika kita membeli di bazar. Tak la sampai 10 ringgit, sebabnya bahan-bahan lainnya boleh dimasak untuk masakan lain pula. Memang sedap makan di luar tapi sekali sekala tak mengapa. Kalau selalu memang bengkok la kan...

Iklan: 





Sempena bulan ramadhan ini saya ada menjual pes nasi arab jenama al-bayt. Mudah disediakan kerana turut disediakan rempah khas nasi arab dan beras basmathy. Untuk keterangan lanjut boleh lihat di Pes Nasi Arab Jenama al-bayt


Atau boleh sahaja berdaftar sebagai ejen dropship kami, keterangan lanjut boleh lihat di Kelas Asas mula bisnes 

4 kelas berikut masih dibuka sempena kedatangan ramadhan
-kelas mula bisnes makanan sunnah
-kelas mula bisnes projek raya
-kelas telekung solat borong dan runcit
-kelas mula bisnes produk islami, quran, tajwid, etc

Jika anda berminat menjadi ejen dropship produk kami boleh hubungi saya: 


Facebook: dalilayusof
emel: dalilayusof86@gmail.com
SMS/whatsapp: 019-3559480