Thursday, July 3, 2014

Doa Dipermudah Segala Urusan





Teks: Dalila Yusof

Bismillahirahmanirahim...



Adakala hampir setengah mati kita berusaha namun tak nampak juga hasilnya. Pedih hati rasanya, sukarnya kehidupan, rasa gelap sahaja lorong hiodup kita. Dan kita tahu jika kita tak berjaya kita tak mampu menyuap anak dengan makanan yang lazat, memberi perlindungan kepada anak-anak kita, memberi pendidikan dan pakaian untuk mereka.  Berdoalah dipermudahkan urusan, kita ni hanya hambaNya sahaja. Tidak berdaya membuat sesuatu kecuali tanpa izinNya. Walau apa pun kata orang, kita wajib yakin dengan keupayaan diri.  Keyakinan itu, datang jika kita yakin dengan kekuasaan Allah s.w.t. Dan yakinlah tiada usaha yang sia dan terbuang begitu sahaja.