Saturday, June 28, 2014

Sedekah untuk tambah rezeki.

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...


andaikata kita tak punya wang, sedekah ilmu pun pun dikira bagus. Ilmu jika diguna makin bertambah. Syaratnya jangan diungkit setiap yang kita beri. Baru saya faham konsep sedekah dan ikhlas. Buat apa diungkit setiap kebaikkan yang kita beri, jika diungkit kebaikan itu, tinggal sedikit tapi jika dilupakan, kita akan sentiasa menambah amal kebaikan yang kita lakukan. Jika kita mengungkit kita akan berhenti melakukan amal jariah, sedangkan umur kita lebih panjang daripada kebaikan yang kita lakukan.

Ajaibnya Sedekah

Teks: sitihawazaid

AJAIBNYA SEDEKAH
IA BENAR BENAR AJAIB NAMUN ADA SYARAT IAITU MESTI YAKIN


Andai kata wang itu bernyawa dan mampu bersuara, dia akan berkata kepada kita, " Setiap seringgit yang Tuan sedekahkan akan digandakan sepuluh kali. Berapa pun yang Tuan sedekahkan pasti dan pasti akan kembali lagi sepuluh kali ganda. Tidak perlu InsyaAllah!

" Bukan setakat mendapat balasan sepuluh kali ganda malah Tuan akan terhindar dari bala. Rezeki tuan akan melimpah. Memudahkan jodoh. Dan kesihatan tuan bertambah baik!" Sambung wang lagi.

Begitulah hakikatnya, bila manusia berjanji mesti menggunakan InsyaAllah. Tetapi apabila Allah yang berjanji, Allah pasti akan laksanakan kerana Allah tidak pernah memungkiri janji-Nya

Sesiapa meminjamkan kepada Allah dengan pinjaman yang baik, maka Allah akan mengembalikannya berlipat kali ganda untuknya, dan baginya pahala yang mulia ( Al-Hadid 57:11)

Jadi apabila kita berasa sempit rezeki, segeralah perluaskan dengan banyak memberi. Jangan bertangguh-tangguh, kerana segalanya pasti Allah balas.

Perhatikan dengan cermat. Allah berjanji akan membalasnya berlipat kali ganda dan ditambah juga balasan pahala. Buat satu dapat dua! Dapat balasan berlipat ganda ditambah lagi dengan pahala yang mulia. Masya-Allah. Pemurahnya Allah.







Nukilan Dari Inspirasi :
Mudahnya Menjemput Rezeki, Fathuri Salehuddin