Monday, June 16, 2014

Email pilihan

Teks: Dalila Yusof
bismillahirahmanirahim...

Assalamualaikum dan selamat pagi kepada pembaca sekalian, setiap orang Allah s.w.t berikan masalah yang berbeza kerana jalan hidupnya berbeza. Jangan selalu bertanya kenapa kita ditimpa pelbagai masalah yang berat sambil membandingkan dengan kehidupan orang lain nampak gembira. Luarannya nampak gembira, tenang, kita tak tahu betapa setiap ketenangan itu datangnya selapas hura-hara, perdamaian wujud selepas pertelingkahan dan kegembiraaan itu datang selepas kepedihan. Masalah itu, anggaplah satu peluang untuk kita mengubah diri menjadi semakin baik bukan ditangisi.

Perkongsian email hari ini...

Email Pilihan : Puan Alia Zahrah (bukan nama sebenar)
Boleh buat ulasan bagi seseorang yang sakit, terpaksa berhenti kerja kerana keadaan kesihatan yang sangat-sangat merosot, tetapi keadaan kewangan adalah tidak stabil, tetapi tidak ada pilihan lain. Macam mana ya?
Dalam kes di atas saya melihatkan keputusan yang diambil adalah berdasarkan situasi semasa. Ini juga sama dengan keputusan yang telah saya ambil dahulu. Situasinya berbeza, anak yang selalu tidak sihat.
Cumanya selepas itu barulah saya mengali info-info bekerja dari rumah. Dua tahun sebelum berhenti, saya sudah mula membuat persediaan awal, iaitu masih lagi dan akan meneruskan aktiviti menulis.
Situasi Puan Alia Zahrah
1. Terpaksa berhenti kerja kerana kesihatan merosot- Puan perlu mencari peluang menjana pendapatan yang baru dan pada masa yang saya perlu mengambil kira faktor kesihatan. Wang penting dan kesihatan juga sangat-sangat penting. Jadi usahakan sekarang fokus kepada jenis pendapatan yang tidak memberi kesan kepada kesihatan.
2. Kewangan tidak stabil- Umum mengetahui kerja dua orang lebih baik dari hasil seorang. Tetapi, Puan Alia masih ada suami untuk sumber yang pertama.
3.Tidak ada pilihan lain- Sekarang tidak ada pilihan lain, memang secara rasminya Alia bekerja dari rumah. Cari peluang yang boleh membantu jana pendapatan. Ini tidak mudah dan ia memang memberi cabaran besar kerana faktor kesihatan. Pun, begitu, kembali kepada Allah, diberikan sesuatu ujian dan hikmah yang mungkin kita tidak ketahui. Ujian kesakitan kerana Allah mahu Puan berehat di rumah dan ada lebih masa bersama keluarga.
Punca rezeki juga dari Allah, insya-allah tetapkan hati, rezeki ada di mana-mana. Gali semangat baru dan peluang baru. Mana tahukan rezeki yang akan datang lebih lumayan.

Jom sertai AKADEMI BEKERJA DI RUMAH dengan mengikuti kelas-kelas asas berniaga yang mereka anjurkan.

1. Kelas Asas blog dan penulisan} - online & offline
2. Kelas asas blog, fan page, mula bisnes} - online & offline
3. Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif
4. Kelas belajar iklan mudah.my
5. Kelas asas urus akaun wahm/soho-daftar
6. Kelas penulisan ebook pertama - online dan offline
7. Kelas Online Bina Blog Borong Telekung Solat
8. Pendaftaran pengurus online

Servis yang kami ada:
1. Tempahan blog bisnes - 3 hari siap
2. Beriklan di SOHO Directory
PM saya untuk sertai ABDR apabila sudah sedia.

Bagi yang berminat untuk
Hubungi saya
Facebook:https://www.facebook.com/dalilayusof
emel: dalilayusof86@gmail.com
SMS/whatsapp: 019-3559480
Berminat tak nak buat nasi arab di rumah, boleh jenguk ke pes nasi arab jenama al-bayt
Nak Tahu macamana nak belajar buat blog, belajar urus akaun hanya di rumah boleh lihat di Kelas Online
Nak Sewa kereta MPV dan Van, boleh jenguk ke Kereta Sewa MPV dan Van