Wednesday, February 15, 2017

Zaman kanak-kanak yang membosankan

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim....


Zaman kanak-kanak sekarang membosankan, tak macam zaman mak dia dulu. Panjat pokok, berlari tengah panas, main masak-masak, main batu seremban, dan banyak lagi. Banyak sangat kongkongan, jangan itu jangan ini. Yang boleh youtube, ipad dan tv kononnya nak bagi anak baik dan diam nampak comel.

Bahaya juga kalau anak ini dibiarkan 24 jam bermain ipad, kadang-kadang cerita Elsa pun ada cerita lucah dalam youtube. Rancangan televisyen pun banyak cerita kartun mat salleh saja. Memang bagus cerita barat, tapi budaya mereka pula diserap dalam kepala anak-anak tanpa kita sedar. Anak-anak akan menyerap 100% cerita yang ditonton. 

Macam-macam kes penculikan berlaku, takut sangat nak bagi anak main walaupun depan rumah. Salah satu sebab anak melawan, mereka tak bebas bermain dan bereksperimentasi. Mereka belajar daripada bermain dan keluarkan peluh dengan aktiviti fizikal. Kesian anak-anak dan kejamnya ibu. Zaman sekarang zaman paling mencabar, dengan kes pedofillia dan sindiket penculikan kanak-kanak. Zaman anak-anak terasa sangat mencabar.