Bismillahirahmanirahim...
Assalamualaikum dan selamat sejahtera, keletihan mengandung sudah tak terasa mungkin sibuk melayan karenah anak dengan projek mengait dan menjahit yang banyak perlu disiapkan dan dirempit sebelum bersalin. Itu bukan tempahan orang tapi lebih kepada tempahan anak-anak, suami dan mak di kampung serta projek untuk latihan mengait.
Permulaan memang rasa nak patah pinggang, mungkin sudah "Alah bisa, tegar biasa' dengan karenah anak-anak yang sudah makin pandai mengurus diri. Penat juga sewaktu mula-mula pindah, biasa mak mertua banyak tolong uruskan anak-anak sementara memasak. Kali ini, saya lakukan semua sendiri, suami pula sibuk bekerja mencari rezeki. Balik sudah terbaring kepenatan, adakala dia membantu sedikit demi sedikit. Saya hanya diam kalau ada yang tak puas hati, tapi boleh dikira suami lagi pandai kemas daripada saya.
Jaga anak pertama, lebih penat daripada jaga anak kedua dan ketiga. Kita sudah makin mahir dengan rentak mereka yang hampir sama. Kita tak mudah melenting sewaktu anak pertama dulu. Sebenarnya kita banyak belajar daripada anak pertama tanpa kita sedari. Jaga anak sendiri sebenarnya lagi bagus, kerana kita faham karenah dan rentak mereka.
Apabila ada anak ramai kita akan paksa diri, untuk mengemas rumah dengan lebih pantas dan cekap. Memasak dengan lebih sedap. Penat sangat-sangat, ajaibnya kepenatan akan hilang melihat senyuman si comel. Jaga anak memang susah, tapi kita akan sunyi apabila sampai masa mereka akan pergi tinggalkan kita menuju ke alam dewasa. Takutnya nak hadapinya.
Promosi ebook bulan Feb ini.

Bagaimana mahu berkerja dari rumah dengan hanya berblogging, maklumat lanjut di sini