Thursday, June 18, 2015

Buku cerita percuma, untuk ajar anak membaca.

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, hari ni nak berkongsi buku cerita yang mudah dan ringkas untuk mengajar anak membaca buku English. Bahasanya mudah, disertakan sekali dengan gambar, memudahkan kita mengajar anak dan anak juga mudah faham.
jaga emosi pelanggan

Peringkat permulaan membaca kita mulakan dengan memeperkenalkan perkataan 'sight word'. Apa itu 'sight word'? 'Sight word ' seperti yang tersenarai di bawah, merupakan perkataan yang sentiasa digunakan berulang-ulang dalam teks pembacaan. Hampir 50 % ayat teks di bina daripada 100 perkataan sama. Oleh itu, perkataan tersenarai di bawah di sebut sebagai 'sight words'.
Antara yang selalu dipakai, I, a, is of, to, you and that. Cuba fikir berapa kali kita jumpa perkataan tersebut setiap kali kita membaca teks.

luaskan pemasaran produk melalui fanpage, blog dan instagram Belajar kelas asas blog offline Jun ini.

  • a
  • at
  • an
  • and
  • am
  • are
  • can
  • do
  • for
  • go
  • has
  • have
  • he
  • here
  • in
  • I
  • is
  • it
  • like
  • look
  • me
  • my
  • no
  • play
  • said
  • see
  • she
  • so
  • the
  • to
  • up
  • we
Oleh itu, sangat penting  kita memperkenalkan dan membiasakan anak-anak dengan perkataan ini supaya mereka mudah faham apa yang mereka baca. Sekarang saya sedang mengajar anak membaca menggunakan buku cerita percuma daripada blogger themeasured mom. Ayatnya mudah, ringkas dan berulang-ulang serta mempunyai ilustrasi yang menarik. Anak-anak saya turut suka membacanya.
ulasan kelas asas blog


Salah satu contoh isi kandungan bukunya. Kandungan yang cukup ringkas dan mudah difahami kanak-kanak.

Sudah faham tentang sight word baru kita pergi ke latihan mengeja pula. 

Sekian itu sahaja buat masa kini. Semoga saya dipermudahkan berkongsi entri yang menarik buat pembaca sekalian. Selamat berpuasa. 




3 comments:

  1. Best jugak ni ada buku cerita free mcm ni. Untuk anak 2 tahun lebih dah boleh guna ke?

    ReplyDelete
  2. Best jugak ni ada buku cerita free mcm ni. Untuk anak 2 tahun lebih dah boleh guna ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh..sbb ayat dia mudah faham..perlu ulang2 dan terangkan

      Delete