Bismillahirahmanirahim...
Semalam cuba resepi Churros daripada Pn Eila Noor, bahannya pun mudah dan pasti anak-anak suka, kecuali bapak budak, hu..hu..Mungkin anak-anak ingat itu kentang, yelah rangup dan sedap. Penyediaannya, hampir serupa dengan cream puff tapi ada sedikit tambahan
Mahu mula bisnes tapi tiada produk, apa penyelesaiannya
Cara-caranya:
resepi churros (kalau mkn banyak jadi gemok)
1 cawan tepung gandum
1 cawan air
1 biji telur
1 sudu makan marjerin/butter
1 sudu makan gula
1/2 sudu kecil esen vanilla.
1 cawan air
1 biji telur
1 sudu makan marjerin/butter
1 sudu makan gula
1/2 sudu kecil esen vanilla.
cara2
- Didihkan air, gula, dan juga marjerin.
- Sementara tu, dlm mangkuk lain pukul telur dan esen vanilla sekejap
-Tutup api. Masukkan tepung. Kacau cepat2 gune senduk kayu.
- biar adunan tepung sejuk sikit dlm 5 minit
- Kemudian masukkan telur dan kacau cepat2 hingga sebati dengan tepung td. (saya guna mixer lagi senang)
-Panaskan minyak, masukkan adunan ke dalam piping bag yg ada nozzle star dan picitkan ke dalam kuali. potong setiap 5cm.
-Goreng hingga kekuningan dan angkat.
-Taburkan gula castor/icing. Sedia utk dmakan! mkn dgn coklat dipping lagi mabeles uols. heee
Mudahkan bahannya, lagi jimat la sangat. Tak leceh pun menyediakannya, cuma kena beli nozel yang besar tu. Comel sangat nozelnya, bag pipping asyik pecah sebab dohnya agak padat susah juga nak tekan keluar.