Tuesday, April 28, 2015

Apabila ibu jatuh sakit



Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...

Assalamualaikum, semenjak dua menjak ini badan terasa sakit, kepala berdenyut-denyut dengan anaka yang turut dilanda demam dan batuk yang teruk. Memang tak selesa, kalau boleh nak baring satu hari, tapi siapa nak jaga anak-anak, siapa nak memasak, siapa nak mandikan anak-anak, siapa lagi kalau ibunya sendiri. Surirumah perlukan kekuatan yang berganda-ganda, untuk teruskan juga rutin harian walaupun datanglah mood ke laut, malas menjelma, putus harapan, sakit yang teramat dan macam-macam lagilah. 

Bukan mudah nak minta cuti, dapat sekalipun takkan sanggup nak terbaring di katil macam waktu bujang dulu. Anak baru sorang bolehlah tergolek sekali. Kalau sudah 3 orang, alamatnya jangan mimpilah. Sorang nak ke tandas, nak susu, nak mandi, nak makan, tiba-tiba meraung tak henti-henti nak perhatian. Takkan nak marah-marah pula, budak memang tak reti bahasa pun. Bukan mereka reti urus diri sendiri. 

Apabila, sudah biasa rasanya, memang waktu teruskan rutin harian, memasak, mengemas rumah, sakit dan mengantuk pun boleh lupa. Kalau tak buat kerja rumah rasa lagi sakit, baik buat kerjakan. Rehat pula, cukuplh kalau rehat 5 minit, kalau lebih-lebih menonton drama memang terus hanyut, semua kerja pun tak siap. 

Memang berbeza bekerja dari rumah dan pejabat, penatnya berganda-ganda. Tapi, kepuasan mencorak anak-anak, memberi anak-anak makan, menyebabkan kepenatan itu hilang. Bagi saya, apa guna cukup rehat, cukup tidur, namun hidup di luar kawalan. 

"Lain padang, lain belalangnya".

Setiap orang pengalaman berbeza-berbeza ya. 






Iklan:

Promosi hanya tinggal 2 hari sahaja. Dapatkan segera untuk panduan berguna berkerja dari rumah.