Sunday, February 8, 2015

Panduan menghadapi kebosanan, Surirumah

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...

Ah...bosannya duduk di rumah, tiada kawan nak bergosip. Anak-anak asyik berkepit 24 jam. Kalau diceritakan pada kawan-kawan yang bekerja. Pasti ini jawapan mereka,

"Tulah sibuk nak jadi surirumah, kalau bekerja seronok ada duit sendiri."

Menangis la mak jemah dengar, meleleh air mata. Ye ke , duduk rumah tak de kerja. Seawl berpindah rumah baru, rasa macam terperuk je duk rumah. Nak keluar tak boleh, nak pergi jalan-jalan takut. Anak dah 3 orang, rasanya tak terjaga, seorang berlari ke sana, sorang ke sana, seorang ke situ. Pengsan la macam tu.


Jadi bagaimana mahu mengelakkan rasa bosan duduk di rumah?

  1. Belajar menjahit
Berbekalkan kemahiran asas menjahit, waktu kelas kemahiran hidup dan melihat mak menjahit sewaktu kecil, saya tekadkadkan diri menjahit menggunakan paten percuma di internet.  Antara laman web yang bagus-bagus adalah. siap bagi paten, pandai-pandailah nak bega-bega ikut ukuran anak. 

Paling bagus, taip sahaja kekunci "sewing baby dress Pinterest", memang banyakla paten percuma. Print dan jahit, mesin jahit pun ada yang murah-murah, dan ok. Contohnya macam mesin jahit brothers tengah buat jualan murah ni, lebih kurang RM 639 sahaja. 


2. Bereksperimen di dapur

Suka-suka, anak pun dah makin pandai makan. Hari-hari minta bakar kek, rasa macam kebulur sahaja anak-anak. Tahun ni, berazam nak montelkan anak-anak, ha-ha...Budak-budak ni kerempeng je, sebab dulunya memilih makanan.

Boleh ikuti kumpulan facebook tentang resepi-respi percuma dan tips-tips di dapur dalam kumpulan tersebut. 

  • Resepi Ringkas
  • Musykil resepi
Apabila dah makin pandai, bolehlah menjual secara sambilan. Duit dapat pengalaman pun dapat. 


3. Belajar hobi baru di internet

Internet umpama perpustakaan kan sekarang. Saya belajar mengait melalui internet sahaja, memang mengambil masa setahun juga, untuk pandai tapi seronok tengok hasilnya. 


Jenguk-jenguklah hasil kait saya ya di http://dalilayusof.blogspot.com.

4. Menghias rumah
Ini masih tak kesempatan nak dibuat, tapi suka tengok idea-idea daripada kumpulan Facebook Kami Suka Susun Atur. Macam-macam idea boleh dicedok daripada internet dan buku-buku deko. Kalau kena gayanya ramai yang menempah anda jadi pereka hiasan dalaman untuk rumah mereka la pula. Boleh juga dijadikan pendapatan sampingan. 

5. Berblogging la apa lagi

Berblogging mampu menghilangkan stress, mampu menambah rakan-rakan yang sekepala dengan kita tengok niche blog. Kalau berkaitan dengan resepi, semuanya yang geng memasaklah. Ramai yang suka berblogging tapi idea kurang, menggigil nak tulis. Waktu menulis, sudah lupa. Di ABDR kami ajar anda bagaimana mahu menulis mengikut niche blog anda. Yang seronok, tiada idea boleh tanya cikgu yang kebanyakkannya online sahaja. 

Sewaktu mula-mula berpindah di rumah baru, rumah atas awan. Rasa macam tak tahu nak buat apa, dulu-dulu boleh pergi ke kedai bawa anak-anak  naik basikal sahaja. Sekarang ni, nak keluar macam malas sahaja. Jadi disebabkan big bos tengok, isterinya tak keruan, cik suami pun benarkan mengikuti kelas asas blog. Mesti sesetengah orang berfikir kenapalah nak tulis blog pun perlu bayar. Blogkan percuma, jadi belajar sahajalah sendiri tanpa perlu bayaran. Boleh belajar sendiri, tapi biasanya mati di situ sahaja.

Antara kelebihan belajar blog dengan Akademi Bekerja Dari Rumah:

1. Belajar menulis dengan gaya penulisan yang santai namun masih mengekalkan bahasa melayu yang formal pendek kata tatabahasa yang baik. Ini menarik minat supaya pembaca sentiasa datang ke blog kita. Blog akan dijadikan sebagai platform untuk menjenamakan diri anda di media sosial.

2. Bergabung dengan kebanyakkannya blogger-blogger yang terdiri daripada  surirumah, termasuklah wanita bekerjaya. Ahli kami sudah mencapai 1000 blog untuk membantu aliran trafik ke blog.

3.  Belajar mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog. Bagi yang sudah ada blog, tapi masih tiada idea menulis juga dialu-alukan untuk sertai kelas ini.




Rujukan:

http://cikbetty.blogspot.com
ebook SuperWAHM Super MOm

Iklan:

Bagi yang mahu menyertai kelas online ABDR pendaftaran dibuka sepanjang hari.


Tiada masa nak keluar rumah. Tiada siapa mahu jaga anak anda.

Ada dua kelas popular buat surirumah dan suri bekerja;

1. kelas penulisan dan asas blog

2. kelas mula bisnes online/rakan niaga/dropship

Berikut merupakan Yuran kelas kami secara online, pilih mengikut bajet anda. 

Pakej Yuran ialah:
Yuran 1: RM150
Bonus 1 Ebook Rujukan: Ebook Asas Blog Dan Penulisan

Ini adalah ebook rujukan, wajib.
Yuran 2: RM180
Bonus 3 ebook.
1. Ebook Asas Blog Dan Penulisan
2. Ebook Mula Bisnes Butik Online Dan Offline.
3. Ebook Super Wahm Super Mom

>>>Yuran 1 Dan Yuran 2 adalah pilihan untuk Kelas Asas Blog Dan Penulisan.
Yuran 3: RM200
Bonus 4 ebook rujukan.
1. Ebook Asas Blog Dan Penulisan
2. Ebook Mula Bisnes Butik Online Dan Offline
3. Ebook Super Wahm Super Mom
4. Ebook 101 Idea Home-Based Bisnes



Berikut merupakan pilihan kerja dari rumah yang BOLEH dilakukan oleh surirumah adalah :
- menjadi blogger dengan menulis blog, review produk & dapat bayaran
- menjadi ejen dropship : jual barang tak kisahlah barang apa tapi yang pasti kita suka guna
- menulis artikel : hantar pada website yang dah terkenal dapat bayaran
- menjual online : tak kisahlah awak nak jual apa pun ikut minat & ilmu yang ada
4 tips yang saya bagi ni kalau konsisten buat setiap hari pun dah boleh bagi pendapatan 3 ke 5 angka sebulan. Rebutlah peluang yang ada depan mata, dapat jaga anak, dapat jana pendapatan dari rumah. Apa lagi yang kalian sebagai surirumah mahu?
Daftar kelas asas blog, fanpage & beriklan melalui Mudah.my & Instagram (kelas offline) bersama Cikgu Zaila. Cakap banyak takde gunanya yang penting bertindak!
PM/WA ke (019-3229480) . Kelas offline di Shah Alam

Bagi yang berminat boleh hubungi saya di 
Whatsapp: 0193229480
email: dalilayusof86@gmail.com