Bismillahirahmanirahim..
Assalamulaikum dan salam sejahtera,
Pernah terfikir tak apa masakan yang paling sedap dalam dunia ini? Semestinya masakan mak kita. Betul, sewaktu mula-mula kahwin, saya berpindah ke Johor. Banyak juga masakan yang sedap tapi tak sama macam yang mak masak. Tiga kali mengandung berturut-turut, rindu sungguh air tangan mak, yong tau foo di Pantai Kundor dan laksa air tangan seorang mak cik ini di pasar malam. Setiap kali pulang ke kampung, itu yang saya akan cari dulu, sedapnya.
Antara sebab kita suka sangat masakan mak kita:
- Biasa makan, mak faham selera anak-anak
Sewaktu kecil, mak kita masak, bagi kita makan, suap kita sampai kenyang. Tak pernah berlaparkan? walaupun susah, mak bagi juga makan, walaupun nasi dengan gula. Walaupun mak goreng telur dengan kicap, kita makan dengan kenyang. Sudah berpuluh tahun, mak kita masak untuk kita, mak pun dah tau apa yang kita suka dan tak suka. Yela, mak yang jaga daripada lahir sampai besar panjang.
- Masakan penuh kasih sayang
Kenapa mak kita masak makanan? Supaya kita kenyang, kita membesar jadi sihat dan kuat. Supaya kita jadi orang yang berguna. Orang lain takkan masak dengan niat begitu pada kita, mungkin ada jarang sekali. Sewaktu mak kita masak, mak kita adun kasih sayang dalam masakan mak kita. Mak kita masak dengan sepenuh hati dan tenaga dia. Huh, penat sebenarnya masak makanan ni. nak buat itu, buat ini.
Tapi, walaupun mak tak pernah ambil kursus chef, rasa sedap je kan. Mungkin orang lain kata tak sedap, sebabnya mereka tak dapat merasa aura kasih sayang yang mak kita sampaikan khas pada anak-anak dia je.
- Penangan air tangan
Air tangan? Apa ya? Apabila kita memasak, kita melalui pelbagai proses daripada menyiang, membasuh, menggaul, mengauli dan pelbagai aktiviti yang melibatkan sentuhan tangan secara langsung. Kita banyak menyentuh makanankan? Itulah yang kita tafsirkan air tangan yang terlarut dalam setiap bahan masakan, daripada bawang, basuhan beras, dan basuhan bahan mentah.
Air tangan merupakan satu aliran kasih sayang, kesungguhan, kecerian dan ketulusan hati ibu memasak untuk keluarga tersayang. Apabila kita melakukan sesuatu kerja bukan kerana nama atau pujian, namun dilakukan kerana kasih sayang, ceria dan keikhlasan maka kita menghasilkan kerja yang berkualiti. Kerja kita didorong bukan kerana 'mendapat' tetapi kita 'memberi' dengan sepenuh hati.
Apa yang membezakan masakan mak kita dengan orang lain adalah kerana seorang ibu memasak kerana dorongan untuk 'memberi' kasih sayang, berbanding chef atau tukang masak atas dorongan komersial ataupun ganjaran wang.
Satu dialog dalam filem English Vinglish lakonan Seri Devi yang dituturkan oleh Laurent,
Food is... love. You cooking with love, good food. You make people happy. You artiste! Not small not small.
Makanan adalah kasih sayang. Memasak dengan penuh kasih sayang, menghasilkan makanan yang sedap. Kamu mempunyai seni. Bukan sesuatu yang diperlekehkan.
Rujukan:
http://belogdaku.blogspot.com/2012/03/fakta-tentang-masakan-ibu.html#axzz3T0A2yuiE
http://www.addeen.my/index.php/keluarga/petua/item/172-penangan-air-tangan
http://www.iluvislam.com/
Bagi kelas offline pula:
Mari-mari ke kelas offline ABDR
Mari-mari ke kelas offline ABDR
Tarikh : 7hb Mac 2015
Masa : 0930 - 1330 (4 jam)
Lokasi : Shah Alam (sekiranya 10 peserta) / Kelana Jaya (jika 10 peserta ke 20 peserta)
Harga Yuran : RM250
Tenaga pengajar : Pn Aishah Hussein & Zaila Mohamad
Modul : kelas asas blog & fanpage (mula bisnes) & akan diajar menggunakan medium Instagram sebagai tempat mempromosikan produk & bagaimana membuat pautan antara facebook, fanpage, blog & instagram
Terbuka kepada sesiapa sahaja termasuk pelajar dan suri rumah.
Sudah sedia hubungi saya ya:
hubungi saya untuk mendaftar.
whatsapp: 019-3229480