Friday, February 6, 2015

Kelebihan bekerja dari rumah

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...

Mari kita semak kembali keseronokan apabila bergelar surirumah @ blogger sepenuh masa.


  • Bebas sebebasnya. 
Tiada lagi beban tugas daripada bos. Tiada lagi pusing  dengan karenah bos yang memeningkan, gosip rakan sekerja yang memualkan. Bebas menentukan waktu cuti, bebas sebebasnya tanpa arahan yang memeningkan. Namun, masih lagi terikat dengan batas-batas yang digariskan sebagai seorang isteri dan seorang ibu. Saya bebas melakukan apa sahaja asalkan tidak melampaui batasan seorang ibu dan seorang isteri.  Pukul berapa nak bangun buat kerja, pukul berapa nak berehat, sebenarnya bergantung kepada perangai anak-anak, biasanya kita boleh buat jadual. 


  • Fleksibiliti.
Adakala saya terkejar-kejar dengan aktiviti anak-anak, homeschooling, melayani karenah anak dan suami dan berblogging. Namun, semuanya boleh diatur dengan displin yang kuat. Acapkali, saya bangun pagi menguruskan aktiviti. Paling bahaya dengan sikap yang suka bertangguh. Sekali bertangguh, menimbun lah jawabnya. Saya masih terkial-kial lagi dalam prinsip "Do it now", terutama apabila cik Ecah sudah merengek. Namun, jika diperhatikan dahulu hingga kini, jauh lebih baik daripada seawal perkahwinan yang masih mentah tak tahu apa-apa tentang pengurusan rumah tangga. Yang penting, walaupun hanya bergelar surirumah tangga, kita perlu sentiasa mengasah kemahiran menguruskan rumahtangga dengan pembacaan yang lebih meluas. Zaman sekarang paling mudah dengan menggoggle sahaja. Antara blog pengurusan rumahtangga yang paling saya suka adalah flylady dan mengemasrumah. Paling penting senyum dan susunkan kembali jadual dan rutin. Dan kurangkan sifat keinginsempurnaan, tutup mata urus sahaja urusan rumahtangga yang kita akan lakukan berulang kali, yang penting kita tak serabut. 


  • Tidak perlu menghadapi kesesakan lalulintas. 
Paling seronok boleh membeli belah waktu orang bekerja, tidak perlu lagi menghadap kesesakan lalu lintas. Masa kita tidak terbuang begitu sahaja, tak perlu bagi pagi-pagi untuk 'punch card'.



  • Tak perlu memohon cuti.
Orang lain pening-pening kepala, serabut apabila cuti ditolak ketika hal kecemasan misalnya anak sakit. Kita 24 jam mengahadap anak, tak kira sakit atau sihat. Kalau nak balik kampung pun boleh bila-bila masa sahaja. Tapi tidaklah hari-hari, boleh bankrap macam tu.ha..ha..Kebiasaanya, saya akan tinggal di kampung bersama-sama anak paling lama seminggu. Yelah, tak bekerja, bebaslah nak ke mana-mana, tapi tak senang duduk kerana blog akan bersawang. 



  • Tak perlu pening kepala mencari pengasuh atau orang gaji. 
http://www.currentlife2u.com

Berikutan kes penderaan kanak-kanak di bawah pengasuh menjadi-jadi. rasa lega kerana berpeluang menjaga anak-anak sendiri. Mahal jika mahu menghantar anak ke rumah pengasuh, itupun kalau betul dijaganya. Bukan mudah nak jaga anak, dengan membasuh kencing dan beraknya. Makan, kadang-kadang, sudah pandai memilih.  Budak-budak zaman sekarang makin cerdik dan boleh tahan nakalnya. Kita yang menjaga anak sendiri kadang-kadang mengaku kalah, inikan orang yang mengasuh.

Pengasuh manusia biasa, adakala emosi terganggu dek masalah rumah tangga ataupun masalah ekonomi yang kian meruncing. Si kecil, kadangkala merengek-rengek mahu dibelai. Paling mudah menjadikan si kecil sebagai sasaran, biasanya mereka tidak pandai mengadu dengan ibu bapa, hanya pandai mengamuk sahaja. kita ibu bapalah yang terpinga-pinga.



Adakala, pengasuh sakit ataupun kepenatan, boleh sahaja memilih untuk membiarkan anak yang diasuh terabai tanpa makan minum. kalu kita menjaga anak sendiri, tak kira penat, tertekan atau sakit kita tetap gagahkan diri menjaga, masak untuk anak-anak. Kita perlu sedar, anak yang dijaga ibu adalah lebih baik daripada pengasuh kerana kita tahu dan faham anak lebih baik daripada orang lain. Lambat laun, kita akan faham bagaimana menangani karenah anak yang nakal, melalui pembacaan dan mempraktikkan ilmu psikologi kanak-kanak. Rezeki jika kita berpeluang menjadi surirumah, bukan semua perempuan berpeluang mendapatnya. Anak-anak hanya membesar sekali, raikan lah mereka tak kiralah walaupun penat, menggigil badan dan susah pun. Mereka berhak dapat yang terbaik.

Jadi untuk surirumah, fikirkanlah kelebihan kita ini, walaupun tak pakai baju "vouge" kita masih mempunyai kelebihan ini. Jadikan kelebihan ini, untuk meningkatkan keyakian diri yang mundur gara-gara tekanan orang luar. Pastinya suami juga tersenyum bahagia apabila melihat isteri yang gembira dan berkeyakinan. Ibu yang gembira menjadikan anak sentiasa gembira dan ceria.


Iklan:

Bagi yang mahu menyertai kelas online ABDR pendaftaran dibuka sepanjang hari.


Tiada masa nak keluar rumah. Tiada siapa mahu jaga anak anda.

Ada dua kelas popular buat surirumah dan suri bekerja;

1. kelas penulisan dan asas blog

2. kelas mula bisnes online/rakan niaga/dropship

Berikut merupakan Yuran kelas kami secara online, pilih mengikut bajet anda. 

Pakej Yuran ialah:
Yuran 1: RM150
Bonus 1 Ebook Rujukan: Ebook Asas Blog Dan Penulisan

Ini adalah ebook rujukan, wajib.
Yuran 2: RM180
Bonus 3 ebook.
1. Ebook Asas Blog Dan Penulisan
2. Ebook Mula Bisnes Butik Online Dan Offline.
3. Ebook Super Wahm Super Mom

>>>Yuran 1 Dan Yuran 2 adalah pilihan untuk Kelas Asas Blog Dan Penulisan.
Yuran 3: RM200
Bonus 4 ebook rujukan.
1. Ebook Asas Blog Dan Penulisan
2. Ebook Mula Bisnes Butik Online Dan Offline
3. Ebook Super Wahm Super Mom
4. Ebook 101 Idea Home-Based Bisnes



Berikut merupakan pilihan kerja dari rumah yang BOLEH dilakukan oleh surirumah adalah :
- menjadi blogger dengan menulis blog, review produk & dapat bayaran
- menjadi ejen dropship : jual barang tak kisahlah barang apa tapi yang pasti kita suka guna
- menulis artikel : hantar pada website yang dah terkenal dapat bayaran
- menjual online : tak kisahlah awak nak jual apa pun ikut minat & ilmu yang ada
4 tips yang saya bagi ni kalau konsisten buat setiap hari pun dah boleh bagi pendapatan 3 ke 5 angka sebulan. Rebutlah peluang yang ada depan mata, dapat jaga anak, dapat jana pendapatan dari rumah. Apa lagi yang kalian sebagai surirumah mahu?
Daftar kelas asas blog, fanpage & beriklan melalui Mudah.my & Instagram (kelas offline) bersama Cikgu Zaila. Cakap banyak takde gunanya yang penting bertindak!
PM/WA ke (019-3229480) . Kelas offline di Shah Alam

Bagi yang berminat boleh hubungi saya di 
Whatsapp: 0193229480
email: dalilayusof86@gmail.com