Monday, January 26, 2015

Sakit, petanda badan perlu berehat.

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...


Hampir 1 minggu sakit kepala dan selsema menyerang diri. Hari ini betul-betul kemuncaknya, gara-gara memantau mesin basuh,gara-gara air paipnya menitis. Hampir tak tidur semalam dibuatnya, baju bertimbun perlu dibasuh walau apa pun berlaku. Tapi, semalam memang aman sungguh mungkin anak-anak penat seharian berjalan, tidur tak sedar diri. Saya kemas sedikit rumah yang berselerakkan. Sekurang-kurangnya tak sakit kepala, saya kait sedikit kopiah untuk orang dewasa. Buat blogwalking sedikit menjengah di blog jiran. Sekurang-kurangnya kerja berjalan.

Petang ini, saya ingin berehat, sakit kepala berdenyut, kadangkala sesak nafas kerana selsema. Usai mengoreng pasta dan sosej bolehlah untuk mengalas perut. Masakan orang sakit, janji anak-anak makan. Kalau tiada 3 dara pingitan, mahu satu hari berdengkuran Tapi, apabila ada anak kita gagah juga memasak dan mengemas rumah buat mereka. Jadi ibu tak boleh kuat nangis lagi, semuanya atas bahu sendiri. Kita makin pandai dan matang apabila sudah punyai anak-anak yang berderet-deret. Susah bagaimana pun kita harungi juga walaupun terasa nak menangis. Begitulah ibubapa kita menjaga kita dahulu. Kini giliran kita menggalas tanggungjawab tersebut.


Apabila nikmat sihat itu ditarik adui terasa sakitnya yang teramat sangat. Terasa tak selesa, namun sakit sebenarnya petanda badan perlukan rehat, jika tidak makin melarat-larat. Nikmat juga apabila kita berehat daripada sakit. Jika tidak kita paksa badan untuk terus bekerja. Sekali-sekala perlu diturutkan kehendak badan juga. Dalam kehidupan dunia yang tak menentu, samada umur kita panjang atau pendek, melarat atau senang, apa yang perlu kita ingati, 5 perkara tersebut.

http://lenggangkangkung-my.blogspot.com/


Apabila kita mengingati 5 perkara ini, kita akan sentiasa mensyukuri nikmat yang Allah s.w.t beri. Kita makin menghargai nikmat yang telah diberi. Salam sayang buat pembaca sekalian, semoga sentiasa sihat sejahtera hendaknya.

Iklan:

Bagi yang mahu menyertai kelas online ABDR pendaftaran dibuka sepanjang hari.


Tiada masa nak keluar rumah. Tiada siapa mahu jaga anak anda.

Ada dua kelas popular buat surirumah dan suri bekerja;

1. kelas penulisan dan asas blog

2. kelas mula bisnes online/rakan niaga/dropship

Berikut merupakan Yuran kelas kami secara online, pilih mengikut bajet anda. 

Pakej Yuran ialah:
Yuran 1: RM150
Bonus 1 Ebook Rujukan: Ebook Asas Blog Dan Penulisan

Ini adalah ebook rujukan, wajib.
Yuran 2: RM180
Bonus 3 ebook.
1. Ebook Asas Blog Dan Penulisan
2. Ebook Mula Bisnes Butik Online Dan Offline.
3. Ebook Super Wahm Super Mom

>>>Yuran 1 Dan Yuran 2 adalah pilihan untuk Kelas Asas Blog Dan Penulisan.
Yuran 3: RM200
Bonus 4 ebook rujukan.
1. Ebook Asas Blog Dan Penulisan
2. Ebook Mula Bisnes Butik Online Dan Offline
3. Ebook Super Wahm Super Mom
4. Ebook 101 Idea Home-Based Bisnes



Berikut merupakan pilihan kerja dari rumah yang BOLEH dilakukan oleh surirumah adalah :
- menjadi blogger dengan menulis blog, review produk & dapat bayaran
- menjadi ejen dropship : jual barang tak kisahlah barang apa tapi yang pasti kita suka guna
- menulis artikel : hantar pada website yang dah terkenal dapat bayaran
- menjual online : tak kisahlah awak nak jual apa pun ikut minat & ilmu yang ada
4 tips yang saya bagi ni kalau konsisten buat setiap hari pun dah boleh bagi pendapatan 3 ke 5 angka sebulan. Rebutlah peluang yang ada depan mata, dapat jaga anak, dapat jana pendapatan dari rumah. Apa lagi yang kalian sebagai surirumah mahu?
Daftar kelas asas blog, fanpage & beriklan melalui Mudah.my & Instagram (kelas offline) bersama Cikgu Zaila. Cakap banyak takde gunanya yang penting bertindak!
PM/WA ke (019-3229480) . Kelas offline di Shah Alam

Bagi yang berminat boleh hubungi saya di 
Whatsapp: 0193229480
email: dalilayusof86@gmail.com