Wednesday, January 28, 2015

Resepi Seri Muka untuk 5 orang makan

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...

Selamat tengahari, semalam teringin nak makan kuih seri muka. Si Sara gelarkan kuih nasi, gasaklah. Sekarang ni kebanyakkan makanan yang dimasak, anak-anak akan makan. Tak macam dulu, macam alien sahaja tengok makanan depan mata. Boleh mintak piza, kfc, dan mcd ataupun susu.  Rasa angin satu badan, yelah penat-penat masak, anak nak makan benda lain. Menangis wo...


Sekarang sudah perasan, apabila anak tengah nak belajar makan, jangan sesekali bagi  makanan kat kedai, barulah selera makan tu ada. he..he..Tercari-cari resepi untuk kuih seri muka untuk 5 orang makan, saya terjumpa di blog ini, norlela-life.blogspot.com. Memang sesuai untuk saya anak-anak baru nak belajar makan, bapak budak kurang makan, mak budaklah tukang perabih. he...he...



Gambar koleksi sendiri
Cara-cara membuatnya:
Bahan A
  • 11/2 beras pulut direndam at least 3 jam
  • 1 cawan santan pekat + 1/2 cawan air
  • 1 helai daun pandan
  • sedikit garam.
Bahan B (dikisar)
  • 6 helai daun pandan
  • 1/2 cawan air
Bahan C (lapisan atas )
  • 1 cawan santan pekat
  • 1/2 cawan air daun pandan (Bahan B dikisar dan ditapis)
  • 1 sudu teh pewarna hijau
  • 1/3 cawan gula pasir – Kuih ini memang tidak manis. Tambah gula kepada 1/2 cawan kalau nak manis sikit.
  • 1/3 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung kastard
  • sedikit garam
Kaedah membuat
  1. Kukus Bahan A sehingga masak. Perlu dikacau beberapa kali untuk memastikan santan rata dengan pulut. Saya menggunakan bekas  6.5 in X 6.5 in X 3 in. Masak dalam 30 minit. (saya pakai je bekas plastik putih)
  1. Kisar Bahan B.
  2. Tekan pulut yang telah dimasak agar mampat.
  3. Campurkan semua bahan C dalam periuk. Kacau rata bagi memastikan tepung tidak berketul-ketul.
  4. Panaskan sedikit adunan  atas api sambil dikacau sehingga panas (tidak sehingga mendidih) Adunan akan menjadi sedikit pekat.
  5. Tuang adunan atas pulut perlahan-lahan dan kukus lagi selama 30-35 minit sehingga masak.
  6. Ehm kena tunggu sehingga kuih benar-benar sejuk sebelum dipotong.
Saya banyak ubah resepi ni, ada letak telur, saya tak letak, lain kali buat baru letak. Bolehla, tapi rasa kastard tu semacam lah pula, walaupun terasa sedap. 


Iklan:

Bagi yang mahu menyertai kelas online ABDR pendaftaran dibuka sepanjang hari.



Tiada masa nak keluar rumah. Tiada siapa mahu jaga anak anda.

Ada dua kelas popular buat surirumah dan suri bekerja;

1. kelas penulisan dan asas blog

2. kelas mula bisnes online/rakan niaga/dropship

Berikut merupakan Yuran kelas kami secara online, pilih mengikut bajet anda. 

Pakej Yuran ialah:
Yuran 1: RM150
Bonus 1 Ebook Rujukan: Ebook Asas Blog Dan Penulisan

Ini adalah ebook rujukan, wajib.
Yuran 2: RM180
Bonus 3 ebook.
1. Ebook Asas Blog Dan Penulisan
2. Ebook Mula Bisnes Butik Online Dan Offline.
3. Ebook Super Wahm Super Mom

>>>Yuran 1 Dan Yuran 2 adalah pilihan untuk Kelas Asas Blog Dan Penulisan.
Yuran 3: RM200
Bonus 4 ebook rujukan.
1. Ebook Asas Blog Dan Penulisan
2. Ebook Mula Bisnes Butik Online Dan Offline
3. Ebook Super Wahm Super Mom
4. Ebook 101 Idea Home-Based Bisnes




Berikut merupakan pilihan kerja dari rumah yang BOLEH dilakukan oleh surirumah adalah :
- menjadi blogger dengan menulis blog, review produk & dapat bayaran
- menjadi ejen dropship : jual barang tak kisahlah barang apa tapi yang pasti kita suka guna
- menulis artikel : hantar pada website yang dah terkenal dapat bayaran
- menjual online : tak kisahlah awak nak jual apa pun ikut minat & ilmu yang ada
4 tips yang saya bagi ni kalau konsisten buat setiap hari pun dah boleh bagi pendapatan 3 ke 5 angka sebulan. Rebutlah peluang yang ada depan mata, dapat jaga anak, dapat jana pendapatan dari rumah. Apa lagi yang kalian sebagai surirumah mahu?
Daftar kelas asas blog, fanpage & beriklan melalui Mudah.my & Instagram (kelas offline) bersama Cikgu Zaila. Cakap banyak takde gunanya yang penting bertindak!
PM/WA ke (019-3229480) . Kelas offline di Shah Alam

Bagi yang berminat boleh hubungi saya di 
Whatsapp: 0193229480
email: dalilayusof86@gmail.com