Bismillahirahmanirahim...
Semalam buat projek membakar muffin bersama anak-anak, bapa budak balik lambat, jadi selamat kalau nak buat bersepah. Pening juga, apabila buat kerja dengan anak-anak, berebut nak pegang "whisk". Kecah la juga rumah dibuatnya.
Muffin tak masak lagi dah makan dulu |
Anak-anak memang peminat muffin, kalau buat dalam 2, 3 hari habis dimakan. Banyak hari mintak, baru berkesempatan nak buat. Kalau membeli, macam tercekik je rasanya. Anak ramai, wajibla buat sendiri. Kalau beli, memang habis di celah gigi.
Resepi Muffin Coklat:
Resepi asal: hanafzuan
Bahan-Bahan
½ cawan mentega
½ cawan minyak jagung (pakai minyak masak)
1 ¼ cawan gula perang
3 biji telur
susu segar ( vanilla atau coklat) (pakai je susu anak, ha2)
Sedikit coklat chip untuk hiasan.
Cara-cara:
2. Pukul mentega, minyak jagung dan gula perang dalam bekas adunan
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji.
4. Tepung gandum, soda bikarbonat, serbuk koko dan baking powder perlu diayak bersama dan dicampur ke dalam adunan tadi.
5. Kemudian campurkan susu segar berselang-seli dengan tepung sehingga sebati.
6. Paipkan adunan ¾ ke dlm cup kertas dan letak sedikit coklat chip di atasnya.
7. Siap untuk di bakar. Bakar selama 30 minit..(pakai cup cakes kecil sekejap sahaja sudah masak)
Tips:
1. Oven perlu dipanaskan terlebih dahulu supaya adunan kita boleh naik dengan sempurna.
2. Pukul adunan dengan menggunakan pemukul telur biasa (pemutar belon). Tak perlu guna mixer kerana adunan muffin berbeza dengan kek.
3. Jangan guna minyak masak yang berkacang kerana ia member kesan pada rasa muffin anda. Minyak jagung adalah yang terbaik.
4. Untuk mendapatkan rasa coklat sebenar, guna susu segar perisa coklat (Dutch Lady).
5. Muffin yang dibakar hendaklah dipusing kedudukan setiap 10 minit supaya adunan masak dengan sempurna. Anda boleh mengguna kan cup kertas saiz 3 atau 8. Jumlah muffin yang akan diperolehi sekitar 35-38 biji (saiz 3) atau 17-20 biji (saiz 8).
Pening juga apabila bersepah rumah, tapi fikir balik, biarkan mereka belajar. Lantakla kuih jadi ke tak. Janji anak sudah didedahkan daripada awal. Tak lah jadi macam ibu mereka, masa mula-mula kahwin asyik kena kutuk je masak tak sedap. Menangis rasanya...hu..hu...
Iklan :
a) semua belian yang kita buat kita perlu catat/rekod dalam buku simpan kira-kira
b) semua resit belian perlu kita buat salinan bagi mengelakan ianya pudar dan disimpan
c) setiap rekod perlu dilakukan secara disiplin dan secara harian
d) buat buku catatan kira-kira, satu untuk kegunaan sendiri, satu untuk kegunaan harian.
Buku catatan ini bertujuan bagi mencatat semua wang keluar masuk kita tak kira berapa besar pun atau berapa kecil pun perbelanjaan tersebut. Sila catat perbelanjaan selepas setiap urusan bagi mengelakan kita terlupa. Oleh itu cikgu cadangkan menyimpan buku 555 di dalam beg kita dan dibawa ke mana sahaja.
Belajar lebih lanjut dalam kelas urus akaun bisnes online
Hari: Jumaat
3 jam setiap satu sesi
Masa: 9.30pg hingga 12.30tgh
Hanya 5 peserta satu sesi
Modul 1: Basic book keeping.
Bagaimana merekod buku simpan kira?
Modul 2: Pengenalan kepada asas perniagaan dan fungsinya.
-Mengenal dan belajar kepentingan dokumen.
- Invois, cash, bil, resit, purchase order
Yuran RM150 - Modul 1 & 2