Bismillahirahmanirahim...
http://en.wikipedia.org/wiki/Nasi_lemak |
Selamat petang buat pembaca sekalian, semalam buat nasi lemak tapi bahannya tak cukup, sekadar telur dan sambal. Timun lupa nak dibeli, he..he. Jadi la, asalkan bahan-bahan nak memasak nasi lemak ini cukup kan?
Selalu cerita pasal resepi hari ni nak cerita pasal asal usul nasi lemak. Waktu zaman kecil, saya suka membaca buku cerita tentang asal usul nama tempat. Paling saya tak lupakan asal usul nasi lemak ni tercipta.
Al-kisah zaman dahulu kala, tinggallah dua beranak di pondok yang usang. Si anak bernama Bunga dan si mak bernama Mak Siti. Mereka hanya tinggal berdua, kerana suami Mak Siti sudah lama mati dalam medan peperangan. Hidup mereka ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Mak Siti mengambil upah mengurut orang untuk menyara kehidupan mereka anak beranak. Si bunga pula ditugaskan menjaga rumah, memasak dan membasuh pakaian.
Oleh kerana, bosan dengan menu yang sama. Asyik-asyik ikan goreng, ikan bakar tak pun gulai ikan. Maklumlah mereka orang susah. Tak bolehlah nak makan daging lembu ke daging ayam ke. Timbul idea mahu memcuba idea resepi yang baru.
"Biar mak berselera makan masakan aku," getus hati si Bunga. Dikaitnya kelapa, kemudian dikukur isi kelapa tersebut, diperah untuk mendapatkan santan. Selalunya Si Bunga menggunakan air putih untuk menanak nasi kali ni digantikan air dengan santan. Kemudian, untuk menaikkan bau, dibubuhnya daun pandan ditambah pula hirisan halia. Sewaktu menanak nasi tersebut, kecur air liur si Bunga, apabila terbit aroma yang melazatkan daripada nasi tersebut. Kemudian, si Bunga menyediakan pula sambal ikan bilis dan telur rebus, buat penyedap rasa. Si Bunga menambahkan hirisan timun buat ulaman penyedap rasa.
Setibanya,maknya di rumah, sementera maknya mandi dan menghilangkan letih kerana penat seharian bekerja. Si Bunga pantas menghidangkan masakannya, dari jauh sudah terbit aroma yang meyelerakan dari ruang dapur. Laju emaknya menuju ke dapur dengan perut yang berkeroncong minta diisi.
"Bunga,oh Bunga!" Seru Mak Siti.
"Apa yang kau masak hari ini, sedapnya bau. Terasa lapar perut mak, sedapnya. Tak pernak mak makan masakan sesedap ini. Tak pernah pun kau masak macam ini." Tanya Mak Siti dengan penuh kehairanan.
Bunga pantas menjawab "Nasi le Mak!" Mak Siti tidak berpuas hati ditanya berulang kali apakah masakan yang dimasak itu. Berulang kali juga bunga memberi jawapan "Nasi le Mak!", "Nasi le Mak", "Nasi le Mak!".
"Oh, nama masakan ini Nasi lemak yer, sedap lain kali kau masak lagi ya, berselera mak makan hari ini. Hilang penat seharian mak bekerja. " Ujar Mak Siti.
Semenjak hari itu, nasi tersebut dikenali sebagai nasi lemak. Tak tahulah betul ke tak, sekadar meniruvasi daripada blogger-blogger berikut sahaja. Samada betul atau tak, mereka yang tahu. he..he..Tapi ikut logik macam betul kan...kan...
http://cheahlk.blogspot.com/2011/12/rupanya-ini-asal-usul-roti-canai.html
http://sejarahnasilemak.blogspot.com/
http://puankutu.blogspot.com/2011/05/asal-usul-nasi-lemak.html
http://penulismerapu.blogspot.com/2013/08/tahu-tak-asal-usul-nasi-lemak.html
Berikut merupakan pilihan kerja dari rumah yang BOLEH dilakukan oleh surirumah adalah :
- menjadi blogger dengan menulis blog, review produk & dapat bayaran
- menjadi ejen dropship : jual barang tak kisahlah barang apa tapi yang pasti kita suka guna
- menulis artikel : hantar pada website yang dah terkenal dapat bayaran
- menjual online : tak kisahlah awak nak jual apa pun ikut minat & ilmu yang ada
4 tips yang saya bagi ni kalau konsisten buat setiap hari pun dah boleh bagi pendapatan 3 ke 5 angka sebulan. Rebutlah peluang yang ada depan mata, dapat jaga anak, dapat jana pendapatan dari rumah. Apa lagi yang kalian sebagai surirumah mahu?
Daftar kelas asas blog, fanpage & beriklan melalui Mudah.my & Instagram (kelas offline) bersama Cikgu Zaila. Cakap banyak takde gunanya yang penting bertindak!
PM/WA ke (019-3229480) . Kelas offline di Shah Alam