Bismillahirahmanirahim...
Setiap pekerjaan memang akan downtime. Orang selalu pelik, kalau tengok surirumah macam tak terurus. Baju berbau bawang, rambut serabai, rumah sentiasa terabur. Kebanyakkan orang berpendapat, apabila duduk di rumah mesti semuanya cantik, tersusun, terurus. Hakikatnya, kami surirumah memang tak cukup masa dan tangan nak buat kerja rumah. Rumah dah dikemas, tersusun cantik siap bermop cantik. Anak bangun terus teraburkan barang. Memang tertekan, dan terduduk menangis. Anak-anak pula umpama magnet, mana ibu pergi di situlah, mereka berkumpul. Pergi ke tandas pun melalak si Ecah, di pintu tandas. Kalau boleh ibu menghadap dia 24 jam sahaja. Jangan ke mana-mana.
Apa yang saya selalu buat apabila dah terlalu tertekan, berzikir banyak-banyak, duduk sebentar dan terus mengait. Suka hatilah, teraburkan lah rumah. Selepas itu, saya kemas sikit-sikit. Kalau dah terlepas marah tu, kenalah pujuk anak-anak. Bukan senang nak tahan marah dengan kenakalan mereka. Tapi perasan satu perkara, kalau saya banyak bermain dengan mereka. Saya kurang marah dengan mereka. mainlah apa sahaja, sorok-sorok, melukis. Apa yang seronok, buat aktiviti dengan anak, mereka tak fikir kesempurnaan pun dalam lukisan kita, cara kita bermain. Yang penting mereka rasa seronok dengan kita. Seronok jadi budak-budak, dunia tanpa kesempurnaan yang penting pengalaman yang menyeronokan. Dan paling penting sejak masuk Akademi Bekerja Dari Rumah, saya banyak sedut aura positif daripada guru-guru dan rakan-rakan yang kebanyakkannya positif dalam menghadapi kritikan dan cabaran dalam perniagaan online. Kalau dulu, rasa tertekan sahaja, biasalah surirumah biasanya berpendapat mereka tak mampu nak menolong suami meringankan beban yang digalas. Biasanya, kalau saya kata tak boleh mesti guru online saya memberi peransang supaya teruskan juga walau apa pun berlaku. Begitu pentingnya, kita berada berasama dengan orang sama dengan kita, apabila ada masalah kita ada tempat untuk merujuk. Paling penting, mereka biasanya bagi kritikan positif untuk kita mara ke hadapan.
Tapi paling saya terkesan melihat status kawan-kawan yang bekerja, mereka lagi tertekan dengan daripada saya. Sudahlah tertekan dengan kerja, masalah kewangan, kerisauan yang memuncak mengenangkan keselamatan anak di nurseri dan rumah pengasuh. Begitu tak tenteramnya mereka setiap hari. Pengasuh tak bagi makan, tak bagi susu, tak tukar pampers, pengasuh bagi ubat batuk supaya si kecil mudah tidur. Pelik ya, tak tertekan ke si pengasuh, apabila si kecil merengek kelaparan, susah nak tidur. Apabila difikirkan kembali, penat seharian menjaga anak tu makin tak terasa, sekurang-kurangnya kita tahu apa yang berlaku pada anak setiap hari. Tidaklah mengatakan diri ini terlalu sempurna, tak marah anak, dan anak tak pernah jatuh. Apa yang paling penting di sini, kita dapat memahami perangai anak dengan lebih baik. Kita yang melahirkan dan kitalah paling sempurna untuk menjaga anak kita. Kesian si kecil yang bertukar-tukar pengasuh, bagaimana dengan emosi mereka, kelak pasti jiwa mereka tertekan. Nampak tiada kesan, si kecil tak mampu dan tak tahu bersuara apa yang terbaik untuk mereka. Sebagai ibu bapa, kitalah yang perlu tahu dan menentukan apa yang terbaik untuk mereka. Supaya mereka membesar jadi anak yang baik dan gembira.
24 jam dengan ibu. |
Iklan:
[Kelas asas Akaun Offline]
Pendaftaran bagi tarikh di bawah masih dibuka
Belajar urus akaun bisnes kecil atau akaun sendiri.
Pendaftaran bagi tarikh di bawah masih dibuka
Belajar urus akaun bisnes kecil atau akaun sendiri.
Grup Coaching.
Tarikh: 16 Dis 2014, Selasa dan 20 Dis 2014, Sabtu
Masa: 9.30pg - 2.00tgh
Sijil dan Refreshment Disediakan
Kelas dalam kumpulan kecil (max 4-6 pax)
Lokasi: Bandar Tun Hussein, Cheras
(Boleh datang melalui Mines, Serdang atau Lebuhraya Cheras-Kajang)
Tarikh: 16 Dis 2014, Selasa dan 20 Dis 2014, Sabtu
Masa: 9.30pg - 2.00tgh
Sijil dan Refreshment Disediakan
Kelas dalam kumpulan kecil (max 4-6 pax)
Lokasi: Bandar Tun Hussein, Cheras
(Boleh datang melalui Mines, Serdang atau Lebuhraya Cheras-Kajang)
Lokasi: Putrajaya - 18 Dis 2014, Khamis.
Masa: 9am-4pm
Kelas dalam kumpulan kecil (6-10 pax)
Masa: 9am-4pm
Kelas dalam kumpulan kecil (6-10 pax)
Berminat boleh hubungi saya: 019-3229480
Perlukan kereta sewa Inova dan Hiace, untuk percutian keluarga, klik untuk maklumat lebih lanjut.