Wednesday, November 12, 2014

Tip Multitasking apabila bekerja dari rumah

Teks: Dalila Yusof

Bismillahirahmanirahim...

Apabila bekerja dari rumah, kita memang takkan cukup masa. Anak yang kuat merenggek, nak itu nak ini. Memang sangat pening, jika kita ingin bekerja dari rumah lupakan sistem waktu bekerja di pejabat, 9-5 ptg. Waktu bekerja di rumah adalah bermula daripada pukul 4/5 pagi hinggalah lewat malam. Kita perlu mencuri masa melakukan kerja, sambil melayan kehendak dan menguruskan anak. Walaupun anak penting tapi tanpa melakukan kerja sambilan tiada pendapatan yang masuk. Kita bekerja sendiri tidak sama dengan makan gaji, setiap bulan pasti ada gaji. Bekerja sendiri, buat kerja sedikit langsung tiada gaji, perlu bekerja lebih keras daripada makan gaji. Tapi untungnya kita mampu menguruskan anak-anak sendiri.

Apabila bekerja dari rumah@ berniaga dari rumah sudah pastilah kita bergantung sepenuhnya dengan pemasaran di internet. Jadi kita perlu memanfaatkan medium pemasaran yang percuma seperti facebook dan blog. Blog sesuai untuk yang baru berniaga. Tanpa perlu sewa kedai yang mahal, tak termasuk bil air dan elektrik lagi, sambil berniaga boleh menguruskan rumahtangga, dan anak-anak. Pendek kata lebih jimat dan selesa, seperti kita tahu untuk 3 tahun pertama, perniagaan adalah sukar, dan sangat mencabar. Erti kata lain, perniagaan tahun pertama biasanya banyak rugi daripada untung. Jika berlaku kerugian, apabila menggunakan kedai online kita tidak mengalami kerugian yang banyak. Namun begitu, sangat penting kita berguru untuk mengurangkan risiko kerugian. 

Bisnes online hanya perlukan: 
  • Komputer/ laptop
  • Internet
  • telefon bimbit 
Cukup semuanya sudah boleh bermula.

Apabila menggunakan medium blog sebagai pemasaran, kita perlu sentiasa memperbaharui entri-entri baru dalam blog bertujuan menarik minta pengunjung ke kedai online kita. Tanpa entri baru kedai kita akan sepi tanpa pengunjung. 

"Cipta, tarik pembaca
Tips, cipta dan tarik pembaca
update, update, update!
 
Kalau mahu orang selalu berkunjung ke rumah kita, selalulah dan sangat perlu setiap hari rai mereka dengan informasi baru. Sedikit atau banyak pastikan ada kesegaran baru dalam blog. Ini penting sebelum membuat keyakinan kepada pembaca agar membeli produk kita. Apabila mereka sudah cukup yakin barulah
'mereka' membeli. "
(Masayu Ahmad. Belajar Asas Blog) 

Perlu latih diri pantas dan multitasking. 


http://www.metahatem.com/blog/multitasking-mother

  • Sangat penting menjaga masa apabila bekerja dari rumah tidak boleh leka dan sentiasa latih diri untuk pantas melakukan kerja. Misalnya, jika kita mencuba resepi terbaru, tulis resepinya dan ambil gambar semasa memasak. Jika resepi tersebut menjadi, hiaskan cantik-cantik atas pinggan kemudian ambil gambar sebelum mula makan. Kemudian apabila ada masa tulis resepi dan siarkan dalam blog apabila ada masa. 
  • Sentiasa pastikan kamera atau lebih mudah handphone sentiasa dengan kita, sentiasa bersedia mengambil gambar perkara menarik yang berlaku, nanti boleh tulis di blog. Paling mudah gambar anak, buat sebagai latihan disamping itu, kita mempunyai banyak memori yang boleh dikongsi bersama mereka kelak. 
  • Tuliskan sebarang idea yang terlintas dalam kepala di dalam buku nota.  Mudah nak ingat dan semak apabila diperlukan. Paling pasti kita tak berserabut otak di kepala sebab banyak sangat memikir. Otak jadi santai dan tenang, dan tak sakit kepala nak ingat balik.  Sentiasa bawa buku nota ke mana sahaja. Idea boleh muncul bila-bila masa. Jadi sentiasa sediakan pen dan nota walau ke mana anda pergi. 
  • Perkara penting apabila bangun sahaja waktu pagi, periksa buku nota supaya kita tahu apa yang kita perlu lakukan. Secara tidak langsung membantu kita menguruskan tugas harian dengan mudah termasuklah persediaan menyediakan projek yang seterusnya. 
  • Tulis entri sedikit demi sedikit. Tak perlu menyiapkan satu post dalam satu masa. Jika kita hanya mempunyai masa 20 minit, mulakan dengan menyediakan satu post dalam bentuk draf, tulis tajuk dan rangka termasuk sedikit idea, letakkan sebarang rangkaian (link) yang kita perlukan, kemudian simpan. Apabila ada masa, letak gambar dan mula tulis post utama. Apabila ada masa lagi, habiskan bahagian tengah, kemudian kesimpulan dan siarkan apabila ada masa lebih. 
  • Sentiasa pastikan telefon pintar ada bersama kita. Pertama kita boleh mengambil gambar jika terdapat sebarang perkara yang menarik ataupun sebarang projek yang lain. Yang kedua, gunakan untuk mencatat sebarang idea yang perlu ditulis dalam notebook  kemudian, yang ketiga kita boleh melayari facebook atau blogwalking apabila anak tidur atau tiada kerja untuk dilakukan. 
Berhenti di sini dulu ya. Nanti jumpa lagi.

Iklan: 

Jika anda ingin belajar membuat blog, boleh hubungi saya ya: 

Kini kami sedang mempromosikan Pakej Mampu Milik, terutama surirumah yang ingin belajar menjana pendapatan daripada rumah. Apa itu Pakej Mampu Milik? 

  • RM 200 yuran tempahan blog bisnes + boleh menjadi Pengurus Online ABDR (mempromosi (kelas online dan ebook ) + dropship produk makanan) Kumpul komisen bagi setiap jualan.
  • Cara pembayaran , dibayar penuh atau ansuran selepas mendaftar: 
  1. RM200 (bayaran penuh) @
  2. RM100 x 2 @
  3. RM 50 x 4



Kelebihan menjadi ahli Akademi Bekerja Dari Rumah: 


  • Blog bisnes ini disertakan pertukaran pautan (bloglist)  830 blog WAHM  untuk meningkatkan aliran trafik ke blog anda. 
  • Boleh mula bisnes dengan modal rendah (perlu bayar yuran pakej sahaja) dengan menjadi ejen dropship, kutip komisen anda tanpa perlu keluar rumah. Urusan penghantaran dilakukan oleh pihak kami. 
  • Meluaskan pasaran bakal pelanggan dengan jaringan blog di Akademi Bekerja Di Rumah bagi yang mempunyai produk sendiri. 
  •   Perkara utama apabila berniaga online kita perluaskan perhubungan terutama antara peniaga online. Kami terdiri daripada kumpulan blogger yang kebanyakkannya surirumah dan ada juga berkerjaya, merupakan usahawan online yang berjaya. Boleh belajar dengan mereka yang berjaya bagaimana mengurus rumahtangga sambil menjana pendapatan dari rumah. 

Rujukan daripada: 

http://www.thisbirdsday.com/habits-successful-mom-bloggers/
ebook asas blog, Masayu Ahmad.