Saturday, November 29, 2014

Boleh ke awak jaga anak awak yang ramai ni?

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...

Beberapa minggu lepas, saya pergi ke CIMB bank untuk membuka akaun syarikat, seperti biasalah 3 orang budak kenit perlu di bawa sekali. Ligat berlari ke sana ke mari, orang pun macam pelik, larat ke nak jaga 3 orang budak satu masa. Macam pelik je soalan itu, saya balas larat sahaja apabila da biasa. Tapi kalau la orang lain jaga mesti tak larat ni...perangai dah makin nakal. Nasib baik anak sendiri, tapi sepenat mana pun jaga anak, hilang lebih-lebih lagi tengok muka comel dan manja mereka. Masa tidurla, paling comel.

Paling penting kita tak terlepas tengok setiap satu perangai baru anak-anak. Boleh peluk waktu tertekan, makin faham perangai anak-anak dan paling penting paksa diri untuk belajar masak supaya anak kuat makan. Menyirap juga apabila, anak buat nakal dan sepah, tapi perasan anak makin pandai ambil hati apabila kita menyinga. Istimewanya apabila jaga sendiri, kita boleh atur mereka mengikut aturan kita. Kita banyak belajar sesuatu dengan anak, cara jadi ibu yang terbaik, belajar atur masa, berdikari, belajar kuat untuk hadapi tekanan kewangan, belajar berkorban, belajar kerja keras dan yang paling penting belajar bersabar dengan karenah mereka.

Bekerja dari rumah ini, nampak macam mustahil, tapi ramai wanita dahulu sudah pun melakukannya. Dahulu ramai wanita sudah berniaga kecil-kecilan dari rumah. Dahulu pemasaran agak kecil hanya sekitar kampung sahaja. Sekarang gunakan internet untuk meluaskan pemasaran anda. Gunakan blog, facebook dan instagram, medium yang percuma tapi perlukan usaha keras untuk menjayakannya. Blog ini umpama menuai tanaman, kita akan kutip hasilnya kelak.  Kurangkan menonton tv, banyakkan membaca dan berusaha. Kita akan sedar betapa hidup ini tak semudah mana tanpa usaha yang keras tak semudah dalam tv tu...

Bagi yang berada sekitar Shah Alam. Boleh belajar kelas blog secara offline dengan Cikgu saya hari ni ya..