Ulasan Kelas Blog Bisnes Noor Azzah
Ulasan kelas blog bisnes - Noor Azzah Yusof
Ulasan kelas blog fanpage mula bisnes
Guru Online : Anys Idayu Hj Zakaria
Protege : Noor Azzah Mohd Yusof
SUmber :http://noorazzahyusof.blogspot.com/2014/06/mulakan-hari-ini-sertai-kami-di-akademi.html
Teks : Noor Azzah Mohd Yusof
Assalamualaikum…
Syukur alhamdulillah dipanjatkan ke hadrat Ilahi atas limpah kurnia dan nikmat kesihatan serta ketenangan. Sungguh banyak nikmatNya tidak terhitung. Sesungguhnya rezeki Allah itu amat luas dan tidak mengira siapa sahaja walau di mana berada. Allah Maha Adil dan rezeki yang diberi mencukupi keperluan hambaNya. Bersangka baiklah kepada Allah. Sebagaimana firmanNya dalam ayat 2- 3 surah at-Talaq yang bermaksud : “…Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan jalan keluar baginya. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”
Akan tetapi kita sebagai hambaNya sering terlupa nikmat dan tidak pernah merasa cukup, bersyukur kepadaNya. Bahkan seringkali merungut itu dan ini hanya kerana apa yang kita ingini tidak diperolehi. Ada ketikanya Allah menangguhkan permintaan kita kerana ingin memberikan sesuatu yang lebih baik dan selayaknya untuk kita.
Alhamdulillah, dengan izinNya jualah saya dipertemukan dengan rakan-rakan ABDR. Walaupun pertemuan yang diatur melalui alam maya, rakan-rakan di sini cukup membangkitkan semangat. Di sini saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada Puan Masayu Ahmad kerana mewujudkan peluang ini untuk dikongsikan bersama rakan-rakan yang lain seterusnya barisan guru online Puan Anys Idayu Zakaria dan Puan Nur Balqis Qahira yang tidak jemu mencurahkan ilmu dan pengalaman agar kejayaan dan kemanisan dapat dirasai bersama-sama. “ Sharing is caring ”.Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) disertai oleh barisan Pengurus Online (PO) dan Rakan Niaga yang amat komited. Pelbagai tips dan ilmu serta perkongsian bisnes melalui kumpulan sokongan khas. Ianya bukan suatu usaha yang mudah untuk ke tahap ini. Biarlah apa orang kata sekali pun, insya Allah rezeki Allah beri tetap ada. Keyakinan dan kebergantungan kita hanya kepada Allah dan lipatgandakan usaha kita.
Dengan ini, saya mengalu-alukan kedatangan ahli baru ke AKADEMI BEKERJA DI RUMAH (ABDR) Sama-sama bergabung dengan kami hampIr 750 blog. Kami menerima pendaftaran setiap hari. Pilih mana-mana kelas berikut dan daftar kepada guru online.
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog mula bisnes
3. Kelas asas blog penulisan kreatif
4. Kelas asas blog iklan mudah.my
5. Kelas penulisan ebook pertama
6. Kelas akaun wahm soho online dan offline
7. Kelas borong telekung solat
8. Kelas wordpress
9. Pendaftaran pengurus online
10. Pendaftaran projek duit raya
11. Tempahan iklan bersama kami
12. Tempahan blog bisnes- siap 3 hingga 5 hari.
Untuk mengecapi kejayaan hari ini , usaha yang komited serta konsisten amat perlu. Bak kata pepatah “Nak seribu daya, tak nak seribu dalih”. Kejayaan tidak akan datang dengan sendiri jika kita sering membuat pelbagai alasan dan sering bertangguh untuk memulakan sesuatu usaha. Apa pun yang kita lakukan pasti ada risiko. Berani menanggung risiko untuk berjaya. Tiada jalan mudah. Resepi kejayaan = Usaha + Modal + Yakin + Konsisten + Doa + Tawakkal + Syukur + Sabar.
Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan penulisan.
a.. Menulis cara santai, tetapi masih lagi mengekalkan Bahasa Melayu formal. Ini salah satu cara menarik minat pembaca suka dan datang lagi ke blog.
b. Bina tapak awal memperkenalkan diri kepada pembaca/bakal pelanggan.
c. Belajar menulis dan latihan menulis untuk dapatkan momentum.
d. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi.
e. Bergabung dengan lebih rami blogger-lebih kurang 800 blog dalam akademi, untuk membantu aliran trafik ke blog.
f. Ramai yang mahu bermula tetapi tidak tahu cara, menulis boleh dilatih jika tahu teknik yang betul.
g. Mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog.
h. Sudah ada blog, tetapi sudah tidak ada idea untuk meneruskan usaha berblog.
Jika kalian berada dalam salah satu kategori di atas, boleh sertai kami dalam kelas asas blog dan penulisan. Analisa dahulu sebelum masuk kelas. Boleh pm atau mesej inbox apabila sudah bersedia.