Saturday, October 11, 2014

Mengajar anak membaca menggunakan nama mereka

Teks: Dalila Yusof

Bismillahirahmanirahim...

Hari ini saya ingin kongsikan teknik mengajar anak membaca menggunakan nama mereka sendiri.  Nama mereka lebih senang diingati dan sudah tentulah mereka ingin mengetahui nama mereka sendiri. Entri ini hasil perkongsian daripada ahli ABDR sendiri.

Teaching Kids Make Sense Of Their Names.

Nama anak kita bukan sekadar terdiri daripada huruf-huruf abc. Di antara aktiviti pra bacaan yang penting adalah untuk anak mengenal nama sendiri. Walaupun anak masih belum pandai membaca secara independen, ibu bapa boleh mengajar mereka 'make sense' of his/ her name. Dengan itu anak bukan sekadar menghafal namanya sekali gus atau hanya pandai menyebut nama-nama huruf ( abc, ei, bi, si) di dalam namanya, tetapi mula memahami simbol-simbol huruf mewakili bunyi-bunyi tertentu. 

                Gambar kad imbas nama daripada sayangibuhomeschool.blogspot.com


Aktiviti mengajar anak membaca, menulis dan mengeja namanya menjadi paling mudah sekiranya nama anak dieja dengan BETUL. Zaman sekarang ibu bapa mengeja nama anak ikut sedap ... Bercampur aduk ejaan bahasa Melayu, Inggeris... Mujurlah tak campur dengan bahasa Tamil dan Mandarin. Maklumlah 1 MALAYSIA kan!

Tips yang saya akan kongsikan sesuai  sekiranya anak-anak AKAN, SEDANG atau TELAH diajar membaca menggunakan KAEDAH FONIK. Oleh itu menulis dan mengeja juga menggunakan kaedah yang sama pada tahap awal penguasaan bacaan. 

    Ibu bapa / guru mesti memahami pecahan bunyi di dalam nama anak / pelajar.
    Nama 'Muhammad' ( sila rujuk kad imbas di atas ), terdiri daripada 
    bunyi /m/ yang diwakili oleh huruf 'M'.
    Bunyi /u/ yang diwakili oleh huruf 'u'.
    Bunyi /h/ yang diwakili oleh huruf 'h'.
    Bunyi /a/ yang diwakili oleh huruf 'a'.
    Bunyi /m/ yang diwakili oleh huruf 'mm'.
    Bunyi /a/ yang diwakili oleh huruf 'a'.
    Bunyi /d/ yang diwakili oleh huruf 'd'.
    PERHATIAN: Kekadang bunyi /m/ diwakili oleh simbol 'm' dan juga 'mm'.
Langkah 1:
    Tulis nama anak di atas kad putih sebegini   Aisyah .  ( JANGAN tulis SEMUA huruf menggunakan huruf besar. )
     Pecahkan (segment) nama anak kepada bunyi-bunyi paling kecil.
     Contoh 1 Ejaan BM baku:      Aisyah     / A - i - sy - a - h /
     Contoh 2 Ejaan BM lama:      Aishah     / A - i - sh - a - h /
     Contoh 3 Ejaan Manglish:      Ayesha.   / A - ye - sh - a /     ( 'ye' mewakili bunyi 'ii' )
     Kalau anak tanya "Kenape 'ye' bunyi 'ii', pandai-pandaila jawab." :)

Langkah 2:
    Tunjuk dan sebut pecahan bunyi nama anak satu persatu.
    Ibu:  Ini     / A - i - sy - a - h /.   Aisyah.
            Sekarang Aisyah sebut.
    ( Objektif: Anak memahami namanya terbina daripada simbol-simbol yang mewakili bunyi-bunyi tertentu. )

Langkah 3:
    Modelkan kepada anak ejaan namanya.
   ( Mengeja secara lisan.)
   Ibu: Aisyah.  A - i - sy - a - h .
          Sekarang Aisyah eja nama Aisyah.

Langkah tambahan:
    Sekiranya anak mampu menulis, galakkan dia menulis namanya sambil menyebut bunyi satu persatu. 

Selamat mencuba! 

 http://cepatmembaca.blogspot.com/2014/09/teaching-kids-make-sense-of-their-names.html

Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan penulisan.
a.. Menulis cara santai, tetapi masih lagi mengekalkan Bahasa Melayu formal. Ini salah satu cara menarik minat pembaca suka dan datang lagi ke blog.
b. Bina tapak awal memperkenalkan diri kepada pembaca/bakal pelanggan.
c. Belajar menulis dan latihan menulis untuk dapatkan momentum. 
d. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi.
e. Bergabung dengan lebih rami blogger-lebih kurang 800 blog dalam akademi, untuk membantu aliran trafik ke blog.
f.  Ramai yang mahu bermula tetapi tidak tahu cara, menulis boleh dilatih jika tahu teknik yang betul.
g. Mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog.
h. Sudah ada blog, tetapi sudah tidak ada idea untuk meneruskan usaha berblog.
Jika kalian berada dalam salah satu kategori di atas, boleh sertai kami dalam kelas asas blog dan penulisan. Analisa dahulu sebelum masuk kelas. Boleh pm atau mesej inbox apabila sudah bersedia.

oleh hubungi saya untuk pendaftaran 
Email : dalilayusof86@gmail.com
Fb rasmi: dalilayusof