Monday, September 1, 2014

Contoh blog protege ABDR Norhafizah Abd Hadi

Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim...


Alhamdulillah hari ini butik online saya bersiaran seperti biasa, atau dengan kata lain buka kedai, he he. Ketika saya sedang tekun di SOHO menyiapkan kerja-kerja harian, ada order masuk di WhatsApp. Saya layan pelanggan tersebut sebaik mungkin, hajatnya ingin membeli tudung.

Semasa berbalas mesej, pelanggan tersebut ada meminta nombor akaun saya untuk urusan pembayaran, tidak lama kemudian beliau maklumkan bahawa bayaran sudah pun dibuat. Wah! Pantasnya. Jarang-jarang saya dapat pelanggan begini, biasanya mereka akan mengambil masa untuk membuat pembayaran malah ada juga yang harus saya ingatkan.

Memang benar rezeki itu dari berbagai punca, Allah anugerahkan saya pelanggan yang baik etikanya juga rezeki. Alhamdulillah. Tidak semua pelanggan sama perangai dan etikanya, ada yang baik dan sebaliknya. Sebagai peniaga saya harus professional, semua itu asam garam dalam perniagaan. Jika kita bermuamalah dengan baik, Allah akan balas dengan kebaikan juga, jika ada sebarang kekurangan itu adalah ujian. Yang penting, hari ini pelanggan tersebut telah melonjakkan aura positif saya 100%, alhamdulillah.

Bagi yang belum berkesempatan memiliki busana muslimah dari Butik Al-Izzah, jemput jenguk ke page https://www.facebook.com/butikalizzah?ref=hl. Saya menjual tudung, baju, t shirt muslimah, shawl dan yang lain-lain nak tahu jom pakat serbu butik saya. He he. Harga yang mampu milik dan kualiti setanding butik.

Berkenalan dengan pengurus online abdr: Norhafizah Abd Hadi
Singgah di blog:
Kelas Asas Blog Dan Penulisan.http://norhafizahabdhadi.blogspot.com/

Mula belajar melalui perkongsian di blog, bina dan kumpul pembaca dan pengikut. kemudian belajar jadikan blog sebagai tempat untuk kita letakkan iklan, melalui setiap perkongsian.



Bagi kalian yang berminat untuk memulakan bisnes secara online, perlukan tunjuk ajar bagaimana mahu bermula, boleh hubungi saya.


di Fb rasmi saya dalilayusof