Tuesday, September 23, 2014

Pasaran terbuka


Berkenalan dengan penulis Mimi Mhb

Salam sayang untuk sahabat yang mengikuti siri entri blog saya yang tak seberapa Ini, maklumlah sekarang baru tercetus minat nak menulis, Bila dah menulis rugi rasanya baru sekarang nak berkongsi pengalaman dan sedikit pengetahuan yang saya peroleh dari pembacaan dan pengalaman kehidupan. Memandangkan hobi masa lapang saya adalah membaca.
Sebelum ini saya telah berkongsi kenapa saya memilih ombak perniagaan yang berbeza dengan suami. Hari ini saya ingin jelaskan dengan terperinci kenapa saya memilih perniagaaan 100% pasaran terbuka.

Bukan kerana saya tidak mahu bekerjasama dengan kerajaan atau pun suami, tapi mungkin kerana saya bermula dengan status sebagai suri rumah sepenuh masa, saya lebih terdedah dengaan perniagaan internet yang hampir semuanya melibatkan pasaran terbuka. Matlamat saya lebih tertumpu kepada golongan 80% rakyat malaysia, yang terdiri daripada golongan sederhana. Dan mungkin juga saya tahu serba sedikit tentang risiko perjalanan perniagaan melibatkan tender kerajaan daripada suami.
Antara idola yang saya jadikan panduan adalah Puan Ainon Mohd, Saya banyak mengikuti catatan tulisannya tentang perniagaan. Contohnya perbezaan berniaga dengan tongkat kerajaan dan 100% pasaran terbuka.
Dengan bekerja dengan mengharapkan tender, mentaliti staff juga akan memberi kesan, staff merasakan mereka hanya kerja makan gaji, staff akan bekerja secara pasif, staff akan duduk dan tunggu kita balik dengan membawa tender projek, baru mereka sibuk mengerjakan projek itu. Jika tiada tender maka tiadalah kerja mereka. Beginilah yang akan berlaku selamaya, kita sebagai bos akan bekerja bagai nak mati mencari projek untuk memastikan ada kerja untuk staff dan syarikat kita.
Supaya dapat membayar gaji mereka.
Lain senarionya apabila 100% terlibat dalam pasaran terbuka. Kita dapat menurunkan ilmu-ilmu berniaga kepada staff. Kita dapat transform staff daripada pekerja sebagai staff syarikat kepada pekerja entrepreneur. Mereka berniaga bukan bekerja. mereka membayar gaji mereka sendiri dan akhirnya gaji kita pun staff yang akan membayar!!
Kita juga dapat melantik staff menjadi rakan kongsi kia apabila kita membuka bisnes-bisnes baru. Dengan kata lain perniagaan pasaran terbuka dapat mendidik jiwa staff untuk lebih bertanggujawab. Kita lebih menerapkan konsep jemaah.
Ini adalah serba sedikit pemahaman saya tentang berniaga dengan tongkat kerajaan dan kenapa saya memilih untuk berniaga dengan 100% pasaran terbuka.

Singgah di blog:http://mimiizzatirahim.blogspot.com/
Kelas Asas Blog Dan Penulisan.

1.Kami menerima pendaftaran setiap hari. Pendaftaran Disember sudah bermula. Kepada yang tertanya-tanya yang mana sesuai untuk disertai, di bawah adalah keterangan yang mungkin membantu:

1. Kelas online asas bina blog penulisan - untuk membina blog berpengaruh, blog yang disukai pembaca, belajar menulis blog dengan betul yang dapat menarik traffik ke blog.

2. Kelas online asas blog fanpage mula bisnes - bagi yang mahu mulakan bisnes online. Tak tahu cara untuk mula bisnes. Belajar urusniaga mudah dengan mnggunakan medium percuma blog, fnpage, fb. Belajar menjana pendapatan bermula RM5, RM10, dan seterusnya. Bagi yang tidak ada produk kami sediakan produk untuk dropship.

3. Kelas beriklan di mudah.my - mudah.my merupakan medium promosi online secara percuma. Belajar teknik beriklan dengan betul di situ.

4. Kelas penulisan kreatif - bagi yang bercita-cita menulis cerpen. Belajar menulis cerpen dahulu sebelum menulis novel. Apabila sudah pandai tulis cerpen, insya Allah boleh menulis novel.
Sudah sedia boleh berhubung dengan saya, dalilayusof
atau email sahaja di dalilayusof86@gmail.com