Friday, August 8, 2014

Contoh blog kelas asas blog dan penulisan

Teks: Dalila Yusof

Bismillahirahmanirahim...

Antara aktiviti bersama Shaima' ketika perjalanan pulang ke kampung adalah menyusun gegelung getah rambut ke dalam portable tray rack. Permainan getah rambut ini seumpa permainan Ring Tower. Getah rambut yang bewarna warni memberi keterujaan kepada Shaima' untuk bermain.
Permainan ini membina kemahiran motor skill jari serta fokus terhadap aktiviti. Selain itu mendidik si kecil untuk menyelesaikan masalah. Ianya juga dapat melatih si kecil supaya bersabar.
Sambil bermain, Si kecik di perkenalkan dengan warna. Jika si kecil telah mengenali warna, permainan ini boleh di olah dengan menyusun mengikut warna.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
Getah rambut pelbagai warna
Portable tray atau batang lidi yang di susun menegak.
Permainan yang murah tetapi membantu perkembangan minda, sosial fizikal yang baik kepada kanak-kanak. Si kecil juga belajar menjadi lebih kreatif dengan minda yang cergas apabila bermain.
Berkenalan dengan penulis Ema Basar
Singgah di blog beliau http://huzaimahbasar.blogspot.com/
Ini contoh blog daripada Kelas asas blog dan penulisan. 
Boleh hubungi saya jika berminat:

No. Tel: 019-3229480
pm di FB rasmi saya: dalilayusof