Thursday, July 3, 2014

Cara buat bubur bayi segera

Teks: Dalila Yusof

Bismillahirahmanirahim.....

Hari ini saya buat bubur ekspress untuk Aisyah, berusia 6 bulan lebih. Mudah dan jimat  penyediaanya. Selepas ini makin mudah la kerja saya menyediakan bubur si kecil ni. he..he...Ini resepinya:


  1. Rendam beras selama 2 jam.
  2. Toskan beras untuk buang air.
  3. Tumbuk atau kisar halus hingga menjadi tepung, kemudian tapis. 
  4. Goreng tepung beras tanpa minyak. Kacau selalu supaya tidak hangus. Goreng sehingga kekuningan. 
  5. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara. Simpan dalam peti ais. 
  6. Beras tersebut insyaallah tahan 1 bulan.
Cara penyediaannya:
  1. Campurkan  1-2 sudu tepung beras tadi bersama sedikit air. Kacau selalu, jika likat tambah sedikit air. Tak sampai 10 minit da siap. Sedap di makan bersama susu atau puri buah-buahan. 
Resepi asal daripada http://fromkuchingwithlove.blogspot.com/2012/01/masak-bubur-kosong-untuk-bayi-6-bulan.html. Terima kasih sebab bagi idea yang bernas ni. Sedap Aisyah makan selalu menolak. Makin tembam la si kenit ni..