Teks: Dalila Yusof
Bismillahirahmanirahim.....
Kos sara hidup yang tinggi membuatkan saya membulatkan tekad untuk bekerja dari rumah. Jika dikira, berapa nak bayar upah orang menjaga 3 orang anak. Hampir 1000 termasuk susu dan pampers. Itu belum tentu makan dan minum terjaga.
Saya mula mengetahui tentang bekerja dari rumah selepas melahirkan anak ke 2. Di Malaysia, status bekerja dari rumah masih samar lagi. Dan blog bahasa melayu yang menceritakan tentang bekerja dari rumah pada ketika itu, hanya satu, blog Pn. Masayu Ahmad http://naufalsayang.blogspot.com/. Bekerja dari rumah sememangnya diimpikan oleh setiap wanita, ibarat superwoman, mampu menjaga anak dan suami sambil mencari pendapatan sampingan.
Namun kini ABDR sudah mempunyai 750 blog yang berdaftar dan semakin hari semakin menghampiri 1000 blog. Bekerja dari rumah sebenarnya telah wujud daripada zaman sebelum internet lagi. Ramai kaum wanita mencari sumber pendapatan sampingan dengan menjual kuih muih, nasi lemak, menjahit baju dan lain-lain lagi. Namun pada zaman serba canggih ini, pemasaran boleh dilakukan dengan lebih meluas lagi apabila menggunakan sepenuhnya medium internet untuk mencapai bilangan pelanggan yang semaksimum mungkin melalui kuasa blog, instragram, dan facebook yang semestinya percuma.
Tak perlu lagi, menyewa kedai yang mahal-mahal untuk memasarkan produk yang sedia. Manfaatkan sepenuhnya, kuasa online apabila hanya mampu berniaga di rumah apatah lagi apabila mempunyai anak kecil yang bergantung sepenuhnya dengan kita.
Buat surirumah mungkin ada yang memandang hina status kita mari tingkatkan diri daripada 'duduk' di rumah kepada bekerja dari rumah.
Akademi Bekerja Di Rumah menawarkan kelas berikut :
1. Kelas online asas bina blog penulisan - belajar menulis cara santai tapi masih mengekalkan bahasa melayu formal. Salah satu cara menarik minat pembaca suka baca dan bertandang. Bina tapak awal memperkenalkan diri pada pembaca/bakal pelanggan. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi. Bergabung dengan lebih ramai blogger di akademi kami, kini sudah mencecah 340 blog untuk membantu aliran trafik ke blog. Belajar mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog. Bagi yang sudah ada blog, tapi masih tiada idea menulis juga dialu-alukan untuk sertai kelas ini.
2. Kelas online asas blog fanpage mula bisnes - bagi yang mahu mulakan bisnes online tapi tidak tahu cara. Mahu mula berbisnes tapi masih tiada produk. Belajar urusniaga mudah dengan mnggunakan medium percuma blog, fnpage, fb. Belajar menjana pendapatan awal bermula RM5, RM10, tingkatkan lagi RM20, RM50, RM100 dan seterusnya (tertakluk kepada kerajinan dan konsisten masing-masing). Kelas yang sangat sesuai untuk suri bekerjaya yang sangat sibuk, suri rumah sepenuh masa dan bagi mereka yang mahu buat secara sambilan atau sepenuh masa. Belajar membuat blog kedai online, belajar menulis konsisten, buat borang tempahan, jenis-jenis entri blog, buat fan page, belajar buat pautan antara blog untuk aliran trafik.
3. Kelas beriklan di mudah.my - mudah.my merupakan medium promosi online secara percuma. Belajar teknik beriklan dengan betul di situ.
4. Kelas penulisan kreatif - bagi yang bercita-cita menulis cerpen. Belajar menulis cerpen dahulu sebelum menulis novel. Apabila sudah pandai tulis cerpen, insya Allah boleh menulis novel.
5. Rakan niaga / pengurus online akademi - Kami buka penyertaan ini kepada mereka yang mahu memulakan bisnes online tapi tiada produk untuk diniagakan. 3 produk utama akademi iaitu kelas online, produk digital ebook dan pakej iklan. Kesemuanya atas talian. Tiada stok yang perlu disimpan, juga tidak memerlukan modal tinggi. Hanya berbekalkan komputer dan talian internet.
6. Kelas urus niaga akaun bisnes kecil WAHM SOHO - bagi mereka yang mahu belajar mengurus akaun bisnes. Ini adalah langkah awal, kami sediakan berdasarkan permintaan demi permintaan.
Bagaimana kelas ini dijalankan? Kelas berbentuk toturial ini dijalankan sepenuhnya secara online (atas talian). Protege akan diberikan ebook rujukan iaitu ebook belajar asas blog. Protege akan dimasukkan dalam group kelas di facebook. Komunikasi adalah secara one to one (personal coaching) melalui pm di facebook atau group kelas. Nota dan toturial bergambar disediakan di dalam group kelas tersebut.
Jadual kelas adalah fleksibel, ikut masa protege sendiri bila mahu belajar. Pertanyaan dan soalan boleh dilontarkan terus kepada guru online melalui message di facebook. Peserta hanya perlu rajin menyiapkan tugasan yang diberikan dan rajin bertanya dan berhubung dengan guru jika ada soalan yang ingin diajukan. Tugasan yang diberikan adalah sepenuhnya terus membantu protege menyiapkan blog masing-masing. Dengan ini protege tidak perlu mengambil masa lain lagi untuk menyiapkan semula blog mereka. Protege dan guru online hanya berhubung secara online sahaja. Hanya perlu ada kelengkapan gadget iaitu laptop atau komputer dan talian internet. Malah jika ada telefon canggih juga satu kelebihan kepada protege untuk membuat tugasan terus walau di mana pun mereka berada.
Kelas ini di mana? Uniknya kelas kami secara online sahaja. Boleh mula bila-bila masa sudah sedia.
Saya bekerja tak ada masa? Disebabkan tuan/puan tak ada masa, itu sebab kelas ini masanya fleksibel. Iaitu 10 langkah mudah untuk kelas penulisan dan 16 langkah untuk kelas bisnes.
Saya tak ada produk. Produk kami sediakan. Boleh jadi rakan niaga akademi. Jika sudah ada produk lagi ok. Berapa lama boleh pandai? Bukan berapa lama boleh pandai, tetapi berapa cepat tuan/puan boleh siapkan tugasan. Ada pelajar laju ambil masa 10 hari sahaja, ada 3 minggu, ada sebulan dan ada lebih dari itu. Cepat lambat adalah bergantung pada protege sendiri. Cepat siapkan tugasan, maka cepatlah kalian boleh mula menggunakan blog, facebook dan fanpage untuk menjana pendapatan pula. Apa lagi yang kami dapat? Jaringan dan perhubungan sahabat-sahabat lain yang juga dari kalangan surirumah, suri bekerjaya. Boleh berkenalan dan bertukar pandangan. Inilah kumpulan sokongan yang perlu untuk wanita yang bekerja di rumah, untuk mendapatkan semangat, pendapat, bina kenalan baru dan sebagainya. Juga pertukaran antara blog di akademi dapat membantu menarik traffik ke blog. Kelas ini terbuka kepada semua yang mahu memulakan bisnes secara online, masih tidak tahu cara bagaimana mahu memulakan. Khusus utama untuk suri rumah, suri bekerjaya yang mahu menambah pendapatan secara sambilan atau sepenuh masa. Juga dialu-alukan penyertaan untuk kaum adam.
Ingin bekerja hanya di rumah Akademi Bekerja Dari Rumah
Perlukan kereta sewa dan MPV Kereta Sewa MPV dan Van
Nak cuba masak sendiri nasi arab di rumah klik di Pes Nasi Arab Jenama Al-Bayt